Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penulis blog Amos Yee ditangkap lagi

May 13, 2016 | 11:07 AM



PENULIS blog Amos Yee ditahan lagi, setahun selepas dia didapati bersalah menyakitkan perasaan penganut Kristian dan memuat naik imej lucah.



Remasa berusia 17 tahun itu ditahan pada Rabu (11 Mei) kerana didakwa mengeluarkan kata-kata dengan niat melukakan perasaan agama atau kaum pada November lalu, dan kerana tidak muncul di balai polis.



Ibunya, Cik Mary Toh, 49, berkata pada Khamis (12 Mei) beliau telah pergi untuk menjamin keluar Yee pada malam dia ditangkap dan dia kini di rumah.



Sebagai respon kepada pertanyaan, polis berkata seorang remaja warga Singapura berusia 17 tahun ditahan bagi kesalahan di bawah Seksyen 174 dan 298 Kanun Keseksaan.



Kesalahan pertama berkaitan kegagalan menghadiri suatu perintah daripada penjawat awam. Yang kedua berkaitan komen dalam talian yang dibuat pada November lalu yang mengandungi "kenyataan kesat dan menghina terhadap pelbagai masyarakat agama".



Selepas laporan dibuat kepada polis berhubung kenyataan dalam taliannya itu, polis mengeluarkan notis pada Disember tahun lepas memerintahkan Yee melaporkan diri bagi siasatan.



Yee gagal berbuat demikian, sebaliknya dia meninggalkan negara ini tidak lama selepas itu dan "kekal di luar negara lama sehingga dia pulang pada April", kata jurucakap polis.



Apabila dia pulang, Yee dikena waran agar melaporkan diri lagi di balai polis, tetapi dia tidak berbuat demikian.



Yee menarik perhatian pihak berkuasa apabila dia memuat naik video penuh caci maki pada 27 Mac tahun lalu, empat hari selepas kematian Perdana Menteri Pengasas Lee Kuan Yew. Dia kemudiannya turut memuat naik imej lucah di blognya.



Dia didapati bersalah pada 12 Mei tahun lepas dan kemudian dihukum penjara empat minggu pada 6 Julai. Dia dibebaskan pada hari sama kerana hukuman tersebut dikebelakangan untuk meliputi masa dia direman, kerana dia telah menghabiskan kira-kira 50 hari dalam reman selepas berkali-kali melanggar syarat ikat jamin.



Dalam pos pada 27 Nov tahun lepas, Yee membuat rujukan kepada Islam apabila dia berkongsi pandangannya mengenai komen yang dibuat oleh bekas Anggota Parlimen Dilantik Calvin Cheng tentang kanak-kanak dan pengganas.



Minggu lalu, Yee juga memuat naik video polis di rumahnya untuk memberinya waran supaya dia pergi ke Divisyen Polis Jurong.



Polis berkata siasatan masih berjalan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >