Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PROGRAM PENGEMBANGAN BAKAT PENULIS BH-NAC 'MENCARI KRISTAL'

Penulis skrip sinetron akan kongsi tip dan pengalaman

Jun 08, 2016 | 05:30 AM



PENULIS skrip sinetron terkenal dari Indonesia, Cik Henovia Rosalinda Caniago, akan mengongsi 'tujuh tahap' dalam menghasilkan cerita atau skrip yang baik bagi layak ditayangkan di layar televisyen dan pengalaman peribadinya sebagai seorang penulis.



Itulah yang bakal dinikmati peserta peraduan menulis cerpen anjuran Berita Harian (BH) dengan kerjasama Majlis Seni Kebangsaan (NAC).



Ditemui BH semalam, Cik Henovia, 34 tahun, berkata tujuh tahap itu penting dalam proses penulisan cerita termasuk cerpen dan juga skrip, demi memastikan mutu penulisan dapat menembusi pasaran dan menarik perhatian ramai.



Dalam 14 tahun berkarya, penulis itu menghasilkan sekitar 1,500 skrip drama serta filem Indonesia termasuk sinetron popular Hafizah dan turut terlibat dalam penulisan skrip sinetron Cinta Fitri yang pernah ditayangkan di Suria.



Menurutnya, ketujuh-tujuh tahap itu termasuk proses mengeluarkan idea (brainstorming), membentuk watak dalam cerita dan membentuk konflik cerita.



Itu semua akan dikongsi semasa bengkel program Mencari Kristal, yang akan diadakan pada Sabtu, 3 September ini.



Cik Henovia ialah antara enam penulis tamu daripada dalam dan luar negara yang akan berkongsi tip serta pengalaman mereka semasa bengkel menulis cerpen itu.



Menurutnya, beliau juga ingin mengetengahkan pengalamannya sendiri bahawa sesiapa sahaja mampu menjadi penulis tanpa mengambil kira latar belakang.



"Tidak usah khuatir jika belum ada daya menulis. Dengan kemahuan yang tinggi dan minat mendalam, sesiapa sahaja bisa membangun jiwa sebagai seorang penulis dan menghasilkan karya," katanya.



Ini berdasarkan pengalamannya sendiri yang menukar haluan daripada bidang undang-undang kepada bidang penulisan skrip sekitar 14 tahun lalu walaupun tidak mempunyai sebarang pendidikan atau latihan dalam bidang penulisan.



"Memang sejak dulu lagi saya minat mendalami adegan drama mahupun filem tetapi, pada masa itu, menjadi penulis merupakan angan-angan sahaja yang pada saya mustahil," katanya.



Namun, setelah didorong kakaknya, seorang pelakon di Indonesia, agar cuba menulis skrip, beliau akhirnya mengambil keputusan mendalami skrip drama yang diterima kakaknya semasa pergambaran bagi mempelajari selok-belok menulis skrip dan menghasilkan skrip beliau sendiri.



Percubaan pertamanya itu berjaya dan terus dijadikan sebuah produksi di Indonesia.



"Ramai berfikir menulis itu hobi dan suka-suka sahaja, tetapi saya ingin menekankan sebenarnya ia sesuatu yang memerlukan minat. Ia juga boleh mendatangkan hasil," ujar ibu dua anak berusia dua tahun dan tujuh bulan itu.



Bagi mereka yang berminat menyertai peraduan tersebut dan terpilih menyertai bengkel, tunggu apa lagi. Hantarkan cerpen anda dengan tema 'debar cinta' melalui e-mel mencarikristal@sph.com.sg selewat-lewatnya 22 Julai ini.



Butir lanjut di laman http://mencarikristal.sg.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >