Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penumpang cedera terjatuh dalam bas: SMRT akur bertanggungjawab 95%

Nov 25, 2015 | 12:46 PM



SYARIKAT pengangkutan SMRT bersetuju menanggung 95 peratus tanggungjawab bagi satu kemalangan pada 2011 yang menyebabkan seorang wanita koma beberapa minggu, selepas terjatuh dan kepalanya terhantuk apabila pemandu bas menekan brek dengan tiba-tiba.


Cik Ding Weibo, 58 tahun, menyaman SMRT dan bekas pemandu bas M. Ezar M. Hassan, melalui suaminya, Encik You Bujia, sebagai wakil guamannya, bersetuju menanggung 5 peratus tanggungjawab.


Dua pihak itu mencapai penyelesaian pada Selasa (24 Nov), hari mereka pada asalnya harus menjalani perbicaraan kerana mempertikai liabiliti masing-masing, lapor akhbar The Straits Times pada Rabu.


Cik Ding mahu defendan bertanggungjawab sepenuhnya manakala defendan berkata beliau perlu menanggung 20 peratus tanggungjawab.


Encik You, 62 tahun, enggan menyatakan jumlah yang beliau tuntut daripada SMRT.


Peguamnya, Encik Tito Isaac, berkata jumlah ganti rugi sedang dinilai.


Cik Ding tidak hadir di mahkamah. Encik You berkata isterinya, yang mengalami keretakan tengkorak apabila terjatuh, telah menjalani dua pembedahan otak.


Beliau terjaga daripada koma selepas beberapa minggu. Kini beliau boleh berjalan dan bercakap dengan perlahan tetapi tidak keluar rumah sejak empat tahun lalu kecuali untuk bersenam, kata Encik You.


Cik Ding dan anak perempuannya, Cik, Xiao Sui, menaiki bas nombor 167 itu di luar pusat beli-belah The Heeren pada 18 Disember 2011.


Bas itu bergerak sedang mereka berjalan ke tempat duduk. Ia kemudian berhenti mendadak. Cik Ding terjatuh dan kepalanya terhantuk pada sebatang logam sebuah tempat duduk.


Encik Ezar didakwa menyebabkan kecederaan parah dengan perbuatan cuai. Beliau didenda $4,500 selepas mengaku bersalah pada Januari 2013.


Saman sivil Cik Ding terhadap SMRT dan Encik Ezar difailkan tahun lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >