Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penumpang Changi pada 2022 naik capai 50% paras prapandemik

CAG yakin dapat pulih ketersambungan, trafik lapangan terbang secara beransur ke paras sebelum Covid-19
Feb 01, 2023 | 05:30 AM



SEKITAR 32.2 juta penumpang melalui Lapangan Terbang Changi tahun lalu, mencapai hampir separuh paras aliran penumpang lapangan terbang itu yang direkodkan pada 2019 sebelum dunia ditimpa pandemik Covid-19.



Menurut perangkaan terkini yang dikeluarkan kumpulan Changi Airport Group (CAG) semalam, 219,000 penerbangan - iaitu 57.2 peratus daripada 382,000 penerbangan pada 2019 - berangkat atau mendarat di Changi tahun lalu.



Disember lalu merupakan bulan paling sibuk, dengan 4.62 juta penumpang melalui lapangan terbang itu.



Jumlah itu merupakan 72 peratus paras bilangan penumpang yang melalui Lapangan Terbang Changi pada Disember 2019.



Dalam minggu 12 dengan 18 Disember lalu sahaja, lapangan terbang itu menyaksikan lebih sejuta penumpang, atau 82 peratus aliran penumpang purata mingguan yang dikendalinya pada 2019.



Pada bulan itu juga, 25,400 penerbangan - lebih tiga suku bilangan penerbangan yang dilaporkan sebelum pandemik Covid-19 - mendarat atau berlepas dari Lapangan Terbang Changi.



Dalam catatannya di Facebook semalam, Menteri Pengangkutan, Encik S. Iswaran, berkata perangkaan terkini yang dikeluarkan CAG itu adalah satu berita menggalakkan.



"Sejak kian lamanya, Singapura telah membina sektor penerbangan sebagai pendorong utama ekonomi Singapura," katanya.



"Kami mempunyai lapangan terbang yang meraih paling banyak anugerah di seluruh dunia, rekod keselamatan yang dipuji dan mutu perkhidmatan yang terkenal pada tahap antarabangsa.



"Saya rasa ghairah untuk melihat betapa besar Changi dapat berkembang lagi tahun ini, sedang kami meneruskan usaha memulakan semula perhubungan udara Singapura ke seluruh dunia," ujar beliau.



Menurut CAG, lima pasaran yang melihat bilangan penumpang tertinggi di lapangan terbang itu ialah Australia, disusuli Malaysia, Indonesia, India dan Thailand.



Dalam pada itu, rantau Asia Tenggara menyaksikan pemulihan aliran penumpang teguh dengan destinasi ke Kuala Lumpur, Bangkok dan Jakarta dilaporkan sebagai laluan paling sibuk bagi Lapangan Terbang Changi - keadaan serupa dilihat pada 2019.



Antara 10 pasaran tertinggi yang melihat bilangan penumpang besar tahun lalu, ialah Korea Selatan, dengan jumlah penumpang dari destinasi itu bulan lalu melebihi paras prapandemik.



Ia berlaku sebahagiannya disebabkan kapasiti tambahan, termasuk syarikat penerbangan baru seperti T'way Air dan Air Premia, yang mengendali penerbangan antara Singapura dan Seoul, dan Scoot, yang menawarkan laluan baru antara Singapura dan Jeju, kata CAG.



Pada minggu pertama tahun ini, Changi mencatat 5,600 penerbangan yang menghubungkan Singapura ke 143 kota di 48 negara dan wilayah serata dunia. Ini merupakan 82 peratus paras ketersambungan lapangan terbang itu sebelum pandemik.



Encik Lim Ching Kiat, naib presiden eksekutif pembangunan hab penerbangan dan kargo di CAG, berkata: "Usaha oleh komuniti Lapangan Terbang Changi telah berhasil. Lapangan terbang ini sedang menerajui pemulihan penerbangan di rantai Asia Pasifik.



"Pembukaan semula Terminal 2 dan 4 telah memulihkan semula kapasiti lapangan terbang ini untuk memenuhi permintaan teguh bagi perjalanan luar negara.



"Meskipun terdapat cabaran jangka pendek seperti ketidaktentuan ekonomi sedunia serta tekanan daripada inflasi, kami yakin kami dapat mengembalikan ketersambungan dan trafik Lapangan Terbang Changi secara beransur ke paras sebelum Covid-19."




"Kami mempunyai lapangan terbang yang meraih paling banyak anugerah di seluruh dunia, rekod keselamatan yang dipuji dan mutu perkhidmatan yang terkenal pada tahap antarabangsa. Saya rasa ghairah untuk melihat betapa besar Changi dapat berkembang lagi tahun ini, sedang kami meneruskan usaha memulakan semula perhubungan udara Singapura ke seluruh dunia."
- Encik S. Iswaran, Menteri Pengangkutan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >