Penumpang dijel kerana tumbuk pemandu teksi yang enggan tolong keluarkan bagasi

SEORANG penumpang yang menumbuk kepala seorang pemandu teksi kerana tidak membantu mengeluarkan bagasinya dari but dipenjara satu minggu pada Khamis (9 Jun).

Tan Kok Chuan, 29 tahun, mengaku mencederakan Encik Chia Kok Keong, 56 tahun, di tempat letak kereta di Jalan Tenaga, dekat Bedok Reservoir Road, pada 13 Oktober tahun lalu.

Petang itu, Encik Chia mengambil Tan dari Terminal 2 Lapangan Terbang Changi dan membawanya ke kawasan letak kereta dekat Blok 651, Jalan Tenaga.

Tan, yang bersama temanitanya dan mempunyai tiga bagasi, meminta Encik Chia membantu mengeluarkan bagasinya tetapi beliau enggan.

Ini membawa kepada pergaduhan dan Tan menumbuk Encik Chia di kepala beberapa kali, menyebabkan beliau jatuh.

Polis dipanggil dan Encik Chia dihantar ke Hospital Besar Changi. Beliau diberi rawatan pesakit luar kerana melecet dan lebam di siku kanannya serta pelipis. Encik China diberi cuti sakit tiga hari.

Tan telah memohon maaf dan membayar pampasan sukarela sebanyak $700 kepada Encik Chia.

Peguam Tan, Encik Lai Mun Onn, berkata anak guamnya sangat menyesal, telah memohon maaf dan juga memberi hadiah kepada Encik Chia, selain pampasan kewangan itu.

Menurut beliau, Encik Chia telah memaafkan Tan dan menulis surat menggesa mahkamah memberi Tan peluang kedua.

Hakim Daerah Lee Poh Choo berkata paras di mana hukuman tahanan harus dijatuhkan telah dilintasi Tan, tetapi beliau mengambil kira tindakan Tan selepas insiden itu yang menunjukkan penyesalan tulen beliau.

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 36
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.