Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penumpang dikenakan bayaran tambahan apabila guna khidmat Uber

Jan 29, 2016 | 07:54 AM



BAYARAN perkhidmatan Uber sebenarnya lebih tinggi daripada apa yang tertera pada resit yang diberi kepada penumpang.


Walaupun penumpang membayar bagi perkhidmatan itu di sini dalam dolar Singapura menggunakan kad kredit yang dikeluarkan dalam negara, bayaran tersebut diproses di luar negara, menjadikannya urus niaga luar negara.


Prosedur yang tidak diketahui ramai itu membawa kos tambahan yang tidak muncul pada resit yang Uber e-mel kepada penumpang selepas mereka menggunakan perkhidmatannya.


Bayaran tambahan itu - kira-kira 1 peratus daripada tambang - hanya muncul pada penyata kad kredit yang penumpang terima daripada bank mereka, kadang-kadang sebulan kemudian.


Uber hanya menerima bayaran kad kredit, bukan wang tunai.


Jurucakapnya, Encik Karun Arya, memberitahu akhbar The Straits Times "menjalankan pelbagai operasi mereka di bahagian berlainan di dunia adalah amalan biasa bagi syarikat berbilang negara".


Uber dan kemudahan pemprosesan pembayarannya berpangkalan di Belanda.


"Ada bank yang mengeluarkan kad mungkin mengenakan yuran tambahan kepada pelanggan mereka untuk bayaran antarabangsa daripada Uber," tambah beliau.


Ketika ditanya apakah penumpang Uber diberitahu mengenai yuran tersebut, beliau tunjuk pada cetakan halus pada resit yang berbunyi: "Tambang tidak termasuk yuran yang mungkin dikenakan oleh bank anda."


Bagaimanapun, bank tempatan dan bank asing utama berkata mereka tidak mengenakan yuran tambahan.


Sebaliknya, yuran tersebut dikenakan oleh syarikat kad kredit. Umpamanya, Visa mengenakan 0.8 peratus, MasterCard 1 peratus dan American Express 0.4 peratus bagi kos tambahan yang dikaitkan dengan pemprosesan pembayaran rentas sempadan.


Ketua Kumpulan merangkap Pengurus Besar MasterCard Singapore, Cik Deborah Heng, mempertahankan yuran 1 peratus itu sebagai "satu amalan global yang tidak unik pada Singapura".


Pesaing Uber, GrabCar, memproses pembayaran di Singapura dan menerima bayaran wang tunai.


Jurucakap American Express berkata ia dalam proses meniadakan yuran tersebut.


Penguasa Kewangan Singapura (MAS) kaedah Uber memproses bayarannya di luar negara tidak menjadi kesalahan.


Persatuan Pengguna Singapura pula menggesa Uber memberi penumpang anggaran yuran kad kredit apabila memberi mereka resit.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >