Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penumpang feri dari Johor terkandas dek kerja peningkatan

Dec 24, 2017 | 05:30 AM



SERAMAI 49 penumpang yang menaiki feri dari Malaysia tidak boleh berlabuh di Terminal Feri Changi malam Khamis lalu apabila bot pelantar milik kontraktor yang sedang menjalankan kerja-kerja peningkatan, menghalang jalan.



Menjelaskan, jurucakap Penguasa Kelautan dan Pelabuhan Singapura (MPA) berkata bahawa terminal tersebut yang dikendalikan Penguasa Pelabuhan Johor (JPA) sedang menjalankan kerja-kerja peningkatan di jeti berkenaan.



Sekitar 7.45 malam Khamis lalu, MPA diberitahu bahawa feri yang membawa 49 penumpang dari Tanjung Belungkor, berdekatan Desaru, tidak boleh berlabuh di jeti kerana bot pelantar itu menghalang laluannya.



Bot pelantar itu dihantar kontraktor JPA yang sedang menyelia kerja-kerja peningkatan, kata MPA.



Menurut laporan akhbar Lianhe Wanbao Jumaat lalu, para penumpang terkandas di dalam feri selama 45 minit sehinggakan ada yang marah dan menelefon polis.



MPA berkata pegawai dari Pasukan Polis Singapura (SPF) telah memberi respons kepada kejadian itu dan membantu penumpang yang terjejas untuk mendarat dengan selamat.



Seorang penumpang yang dikenali sebagai Cik Xu memberitahu Wanbao bahawa mereka telah meninggalkan Desaru sekitar 6 petang dan sepatutnya tiba di Singapura pada 7.10 malam.



Namun apabila feri itu tiba di Terminal Feri Changi, kru tidak membenarkan mereka keluar dari feri, kata penumpang berusia 38 tahun itu.J



Selepas kejadian itu, JPA mengeluarkan arahan memberhentikan kerja kepada kontraktor mereka dan menunda bot pelantar itu untuk mengelakkannya menghalang feri lain.



Khidmat feri di Terminal Feri Changi diteruskan seperti biasa pada 8 pagi Jumaat lalu.



Pengurus besar JPA, Encik Muhammad Razif Ahmad, berkata feri itu dihalang kerana kontraktor yang ditugaskan untuk memasang platform terapung, tiba lebih awal daripada jadual yang ditetapkan.



"Ia tidak akan terjadi lagi di masa depan. Lagipun kami telah menyelaraskan usaha dengan MPA dan kontraktor berkenaan. Saya tidak rasa ia akan berulang," katanya kepada ST



MPA berkata ia sedang menyiasat kejadian itu bersama-sama JPA dan akan bekerjasama untuk memastikan khidmat feri berjalan lancar sepanjang kerja-kerja peningkatan dijalankan di terminal tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >