Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penumpang kapal mewah jatuh ke laut

Aug 01, 2023 | 06:06 PM



Pelayaran empat hari bagi pasangan, Encik Jakesh Sahani dan Cik Reeta Sahani, di atas kapal persiaran, Spectrum of the Seas, sepatutnya berakhir pada Isnin (31 Julai).

Pada hari itu, kededuanya dan penumpang lain sedang dalam perjalanan pulang ke Singapura, dalam pelayaran dari Pulau Pinang.

Namun, Encik Jakesh, 70 tahun, tiba-tiba tersedar di waktu malam dan mendapati isterinya tiada di dalam bilik.

Encik Jakesh, seorang pesara, cuba mencari isterinya yang berusia 64 tahun itu di kapal pesiaran tersebut namun gagal.

Beliau memberitahu anak kapal, yang kemudian memberitahunya bahawa sistem kapal tersebut telah mengesan sesuatu jatuh daripada kapal.

Anak Encik Jakesh, Encik Apoorv Sahani, yang pada masa itu tidak belayar bersama ibu bapanya memberitahu The Straits Times mengenai hal tersebut malam Isnin.


Encik Apoorv, seorang arkitek, berkata kesemua anggota keluarganya, yang berasal dari India, masih belum diberikan sebarang maklumat terkini mengenai lokasi ibunya.

Katanya ibunya itu tidak tahu berenang, dan bapanya juga telah diminta menjalani temuduga dengan pihak polis selama beberapa jam.

“Kami juga telah meminta untuk melihat rakaman CCTV, namun sejauh ini masih belum menerima sebarang pengesahan bahawa beliau telah jatuh dari kapal.

“Kami hanya diberitahu anak kapal, beliau telah jatuh dari kapal. Bapa saya telah diminta turun dari kapal tersebut memandangkan satu lagi pelayaran bakal berlangsung, namun kami rasa ibu saya masih ada di dalam, dan mungkin beliau tidak dapat bergerak,” ujarnya.

Encik Apoorv menambah: “Beliau sedang bercuti sebelum perkara ini terjadi. Memang tak masuk akal.”

Menurut Penguasa Kelautan dan Pelabuhan Singapura (MPA) dalam kenyataannya pada malam Isnin, Pusat Penyelarasan Menyelamat Maritim (MRCC) Singapura diberitahu mengenai kejadian tersebut pada 7.50 pagi.

Penumpang tersebut berada di atas kapal pesiaran Spectrum of the Seas dan telah jatuh ke laut, namun tiada butiran lanjut yang diberikan.

“MRCC Singapura sedang menyelaraskan pencarian tersebut dan segera mengeluarkan siaran keselamatan kepada kapal-kapal di Selat Singapura dan kapal di pelabuhan untuk mencari penumpang yang hilang dan meminta mereka melaporkan jika terdapat sebarang maklumat mengenainya,” tambah kenyataan itu.

Ia menambah bahawa kapal itu telah berlabuh lebih awal di Singapura untuk membantu dalam siasatan tersebut dan telah berlayar sekitar 4.30 petang.

Menurut laman Marine Traffic, kapal tersebut kini dalam perjalanan ke Nha Trang di Vietnam.

Dalam kenyataannya, jurucakap Royal Caribbean, syarikat yang mengendalikan kapal mewah itu, kejadian itu telah dilaporkan kepada pihak berkuasa dengan segera.

Syarikat itu enggan memberikan sebarang ulasan lain demi menjaga privasi penumpang itu dan keluarganya, namun berkata, pasukannya kini sedang memberikan sokongan dan bantuan yang diperlukan.

Menurut laman CruiseMapper, yang menjejak pelayaran kapal, Spectrum of the Seas merupakan kapal mewah kelas Quantum-Ultra pertama Royal Caribbean - kapal yang lebih besar berbanding kelas Quantum.

Ia mempunyai sebanyak 2,137 bilik dan boleh menampung 4,819 penumpang. Ia juga mempunyai 16 dek kapal, 18 restoran dan tempat makan, empat kolam renang dan 10 kolam jakuzi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >