SALAH seorang daripada tiga lelaki yang terlibat dalam kejadian tembakan di Hotel Shangri-La pada Mei tahun ini telah dikenakan hukuman penjara tujuh tahun dan sebat tiga kali bagi tiga tuduhan berkaitan dadah dan satu tuduhan bersubahat melakukan tindakan terburu-buru, semalam.
Muhammad Syahid Mohamed Yasin, 26 tahun, merupakan salah seorang daripada dua penumpang dalam kereta yang dipandu Mohamad Taufik Zahar pada 31 Mei lalu.