Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penumpang Lapangan Terbang Changi dijangka bayar cukai tambahan $10 hingga $15

Jan 21, 2018 | 01:24 PM



PENUMPANG yang menaiki kapal terbang dari Changi mungkin akan diminta untuk membayar cukai tambahan antara $10 hingga $15, menurut akhbar The Sunday Times.



Ini merupakan sebahagian daripada cukai baru yang dikenakan untuk membiayai pengembangan lapangan terbang utama, termasuk pembinaan Terminal 5. 



Penumpang transit akan dikenakan bayaran sekitar separuh jumlah tersebut. 



Cukai itu, yang mungkin akan dikenakan mulai akhir tahun ini, dijangka menambah kepada caj berlepas $34 ($6 untuk penumpang transit), yang terdiri daripada bayaran perkhidmatan penumpang, cukai keselamatan dan levi yang dikutip Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS). 



Cukai baru itu, yang pertama kali dilaporkan bulan lalu, bertujuan untuk membantu membiayai kerja-kerja utama di Changi East dan membantu mengekalkan jenama hab penerbangan Singapura. 



Ini termasuk pembangunan lapangan terbang besar T5 yang dijangka dibuka pada 2030, pembukaan landasan ketiga, kerja penambahbaikan dan pembinaan longkang besar dan terowong. 



Namun, bayaran tersebut bukan hanya dikenakan kepada penumpang, syarikat penerbangan turut terjejas termasuk melalui bayaran meletakkan kapal terbang dan pendaratan yang dijangka meningkat sekitar 30 peratus, menurut laporan itu lagi. 



Walau dengan cukai baru terhadap penumpang dan bayaran lebih tinggi bagi syarikat penerbangan, Kementerian Pengangkutan berkata bahawa pemerintah akan membiayai sebahagian besar daripada kos keseluruhan projek Changi East itu. 

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >