Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penumpang lebih puas hati dengan Uber, Grab daripada teksi: Kajian

Feb 14, 2017 | 09:26 AM



PENUMPANG lebih berpuas hati dengan perkhidmatan kereta sewa privet daripada teksi, menurut satu kajian Majlis Pengangkutan Awam (PTC).



Kajian itu, yang dijalankan Ogos lalu, mendapati perkhidmatan sewa privet seperti Uber dan Grab mendapat markah purata kepuasan 7.9 daripada 10, manakala teksi mendapat skor 7.5.



Dapatan kajian itu, yang dikeluarkan PTC pada Isnin (13 Feb), menunjukkan perkhidmatan sewa privet mendapat markah lebih baik daripada teksi dalam semua kategori setanding, seperti masa menunggu, kemudahan tempahan, maklumat mengenai perkhidmatan dan keselesaan pemanduan.



Grab dan Uber juga menunjukkan prestasi lebih baik daripada teksi dari segi pengetahuan pemandu mengenai laluan, perkhidmatan pelanggan yang disediakan pemandu, dan keselamatan.



Seramai 1,526 penumpang, berumur 15 tahun dan lebih tua, diminta menilai tahap kepuasan mereka pada skala daripada 1 hingga 10. Penilaian 1 menunjukkan sangat tidak puas hati sementara 10 bermakna sangat puas hati.



Markah kepuasan keseluruhan diperolehi dengan memberi pemberat kepada sifat-sifat itu, berdasarkan kepentingan yang responden beri pada setiap satu.



Penumpang sangat berpuas hati dengan keselamatan teksi dan kereta sewa privet, tetapi perkhidmatan sewa privet mendapat markah lebih tinggi, 8.2, berbanding 7.8 bagi teksi.



Jurang antara perkhidmatan sewa privet dan teksi paling luas dari segi kemudahan tempahan - Grab dan Uber mendapat 8.1 berbanding 7.2 bagi teksi.



Dari segi perkhidmatan pelanggan, Uber dan Grab mendapat 7.6 berbanding 7.2 bagi teksi.



Pengerusi PTC, Encik Richard Magnus, berkata pengganggu telah menyebabkan pergolakan dalam industri itu.



"Syarikat teksi dan pemandu teksi respons dengan meningkatkan kelakonan dan taraf perkhidmatan mereka. Penumpang mendapat manfaat daripada persaingan ini," tulis beliau dalam satu pos blog.



Apabila diminta membandingkan mutu keseluruhan perkhidmatan teksi berbanding setahun lalu, 56 peratus berkata ia lebih baik, 41per peratus berkata ia sama, manakala 3 peratus berkata ia lebih teruk sekarang.



Kira-kira separuh perjalanan responden dalam tempoh tujuh hari ialah dengan menggunakan kereta sewa privet, sementara separuh lagi teksi, menurut kajian itu.



PTC berkata jumlah penggunaan teksi telah berkurangan daripada paras purata harian 967,000 pada 2013 kepada 954,000 tahun lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >