SEORANG penunggang basikal elektrik (e-basikal) yang mencederakan seorang warga tua yang sedang menyeberang jalan di lampu trafik, telah dihukum penjara lima minggu semalam.
Yue Kim Ming, 63 tahun, sedang menunggang e-basikal di Hougang Avenue 7 pada 18 Mei tahun lalu sekitar 9.30 malam dengan kelajuan 30 hingga 40 kilometer sejam.