Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penunggang e-skuter dibawa ke hospital selepas kemalangan di Yishun

Dec 16, 2017 | 12:59 PM



SEORANG lelaki berusia 29 tahun dibawa ke hospital selepas skuter elektriknya bertembung dengan kereta di Yishun malam semalam.



Menurut laporan akhbar The Straits Times, polis diberitahu mengenai kejadian di Yishun Avenue 4 ke arah Yishun Avenue 1, pada 10.16 malam Jumaat. 



“Penunggang e-skuter itu, seorang lelaki berusia 29 tahun, telah dibawa ke hospital Khoo Teck Puat,” menurut jurucakap polis. 



Beliau difahami mengalami kecederaan belakang dan leher. 



Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) bertindak pada masa yang sama dan telah membawa lelaki tersebut ke hospital. 



Seorang pejalan kaki, yang hanya memberi namanya sebagai Cik Catherine memberitahu laman Stomp bahawa beliau melihat e-skuter tersebut di jalan raya, di hadapan sebuah kereta. 



Kejadian tersebut telah menyebabkan kesesakan lalu lintas, dengan beberapa bas terjejas. 



Ini merupakan kemalangan terbaru yang melibatkan penunggang e-skuter. 



Bulan lalu, seorang penunggang berusia 52 tahun meninggal di hospital selepas terlibat dalam kemangalangan dengan sebuah bas dua tingkat. 

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >