Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penunggang motosikal maut dalam kemalangan di Woodlands

Dec 01, 2016 | 02:33 PM



SEORANG penunggang motosikal warga Malaysia terbunuh dalam satu kemalangan di Woodlands Centre Road pada pagi Khamis (1 Dis).



Ia kemalangan maut keempat melibatkan penunggang motosikal dalam dua minggu.



Polis berkata mereka dimaklumkan mengenai kemalangan di Woodlands Centre Road menghala arah Woodlands Avenue 3 itu pada 5.58 pagi.



Seorang penunggang motosikal berusia 51 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh paramedik.



Mangsa, Encik Ng Boon Keng, difahamkan adalah rakyat Malaysia.



Pemandu lori jongket itu, 47 tahun, ditangkap kerana menyebabkan kematian dengan perbuatan cuai, kata polis, sambil menambah siasatan sedang dijalankan.



Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) mengerahkan sebuah kereta bomba, sebuah Red Rhino dan sebuah ambulans ke tempat kejadian.



Seorang penunggang rakyat Malaysia berusia 42 tahun maut dalam satu kemalangan di Jalan Buroh Khamis lepas (24 Nov).



Beliau dilihat menunggang menyelit antara dua lori dan dilanggar oleh sebuah lori kontena di lorong kiri.



Pada Isnin malam, seorang penunggang motosikal maut selepas bertembung dengan sebuah lori, juga di Jalan Buroh di simpang Jurong Port Road.



Pada pagi Rabu, seorang penunggang motosikal maut dalam satu kemalangan di Ekspreswe West Coast ketika cuba mengelak anak pokok yang bengkok disebabkan angin kencang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >