Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penunggang motosikal maut dalam nahas apabila cuba elak dahan

Nov 23, 2016 | 12:19 PM



SEORANG penunggang motosikal terbunuh dalam satu kemalangan di Ekspreswe West Coast berhampiran Clementi Road pada pagi Rabu (23 Nov).



Ia nahas jalan raya maut ketiga dalam masa kurang dua hari.



Pasukan Pertahanan Awam Singapura berkata ia dimaklumkan mengenai kemalangan itu pada 6.50 pagi dan menghantar sebuah ambulans.



Mangsa lelaki berusia 37 tahun itu disahkan meninggal dunia oleh paramedik di tempat kejadian. Polis masih menyiasat.



Difahamkan beliau cuba mengelak dahan pokok yang jatuh di jalan raya apabila kemalangan itu berlaku.



Gambar selepas kemalangan itu dimuat naik ke Facebook oleh kumpulan masyarakat teksi Connextaxi. Sebuah khemah biru dilihat di tempat kejadian, dengan Polis Trafik mengepung dua lorong di ekspreswe tiga lorong itu.



Kemalangan itu menyebabkan kesesakan lalu lintas panjang hingga ke Penjuru Road, menurut tweet oleh Penguasa Pengangkutan Darat (LTA).



Pada 27 Oktober, satu kemalangan maut berlaku di ekspreswe itu apabila tiga orang yang sedang menunggang basikal elektrik dilanggar sebuah lori treler.



Seorang daripada mereka maut di tempat kejadian, seorang lagi meninggal dunia di hospital, sementara yang ketiga terselamat.



Pada petang Isnin lalu, seorang pejalan kaki lelaki berumur 47 tahun terbunuh selepas dilanggar sebuah kereta ketika melintas North Bridge Road.



Pada malam hari itu, seorang penunggang motosikal berusia 52 tahun dikejarkan ke hospital selepas bertembung dengan sebuah lori di Jalan Buroh.



Beliau akhirnya meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >