Penunggang motosikal tersepit di bawah kereta dalam kemalangan di CTE

SEORANG penunggang motosikal tersepit di bawah sebuah kereta selepas beliau terlibat dalam satu kemalangan di Ekspreswe Central (CTE) pagi hari ini, Jumaat.

Beliau dipercayai telah dikejarkan ke hospital.

Kejadian tersebut disaksikan seorang mahasiswa undang-undang, Cik Danielle Oh, 21 tahun, yang sedang dalam perjalanan ke sekolah.

Cik Oh nampak sebuah kereta berwarna putih di lorong paling kanan ekspreswe itu menekan brek secara tiba-tiba ketika ia sedang menukar lorong.

Ini menyebabkan mangsa merempuh belakang kereta itu. Laporan lanjut di laman The Straits Times.

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:58
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 61
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.