Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penyair setempat bakal semarakkan Malam Sastera BH

Jun 03, 2014 | 08:17 PM



MALAM Sastera Berita Harian yang berlangsung Jumaat ini bakal disemarakkan dengan persembahan sasterawan dan penyair tempatan.


Menariknya, acara yang mendapat sambutan hangat orang ramai ini menampilkan tokoh-tokoh penulisan daripada pelbagai latar belakang - guru, wartawan, jurutera, penyampai radio, ahli teater, ahli muzik dan pelbagai lagi.


Antara mereka juga merupakan penerima Anugerah Tun Seri Lanang, tokoh seni ulung di mata masyarakat berbilang bangsa dan budaya Singapura yang memartabatkan bahasa dan sastera Melayu di negara ini dan di peringkat antarabangsa.


Empat penerima Anugerah Tun Seri Lanang yang diundang menyerikan acara ini ialah: Suratman Markasan, Djamal Tukimin, Nadiputra dan Isa Kamari.


Antara keempat-empat ini, Suratman, 84 tahun, telah menghasilkan kira-kira 300 puisi, 100 cerpen, enam novel dan lebih 100 kertas kerja sepanjang 58 tahun beliau berkarya.


Djamal, 67 tahun, yang pernah memimpin Grup Gelorasa, sebuah angkatan penulis pada 1970-an, telah menghasilkan lebih 100 esei puisi dan sastera, teater dan kebudayaan.


Dua anak seni tempatan yang mengharumkan sastera Melayu menerusi muzik, Ramli Sarip dan Art Fazil, akan turut muncul berdendang menyerikan malam itu.


Turut dijangka menyerikan acara ini ialah mantan presiden Majlis Ugama Islam Singapura, Haji Maarof Salleh; sasterawan mapan, Rohman Munasip; guru, Asnida Daud; serta pengacara radio Adi Rahman.


Selain mereka, empat wartawan Berita Harian akan turut sama turun gelanggang.


Mereka ialah Mohd Raman Daud, Hanim Salleh, Chairul Fahmy Hussaini dan Nurul Ain Razali.


Sebagai menyemarakkan lagi suasana, kumpulan Azpirasi pimpinan pereka tari disegani, Azmi Juhari, akan tampil pada malam itu dengan mempersembahkan sebuah karya sastera dalam bentuk tarian.


Berbeza daripada acara-acara bacaan puisi yang diadakan sebelum ini, persembahan kali ini menampilkan rencaman tema, daripada bersifat ketuhanan kepada soal masyarakat dan dunia.


Ini sekali gus mendedahkan kepada hadirin kepelbagaian bakat dan mutu pengkaryaan yang dipersembahkan.


Ini bertepatan dengan salah satu matlamat Berita Harian yakni memainkan peranan utama dalam memartabatkan bahasa Melayu dan meningkatkan penggunaannya di kalangan masyarakat Melayu di sini.


Ia juga sebahagian daripada usaha berterusan Berita Harian dalam menggalak penggunaan bahasa Melayu selain menjadikan acara ini sebagai mangkin dalam mendorong masyarakat Melayu di Singapura agar lebih menghargai karya sastera Melayu setempat.


Acara julung-julung kali ini diadakan di Auditorium SPH, di Toa Payoh North. Pendaftaran bagi acara ini telah ditutup.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >