Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penyalaan lampu di Geylang Serai pada Jumaat depan

Jun 20, 2014 | 06:15 PM



PENYALAAN lampu di Geylang Serai akan bermula Jumaat depan, sebagai meraikan ketibaan Ramadan.


Kawasan ini bakal disemarakkan dengan pancaran lampu berwarna-warni, hijau, kuning dan biru serta hiasan yang menampilkan motif dan seni bina tradisional Melayu.


Misalnya, gerbang utama yang menyambut orang ramai ke kawasan Geylang Serai akan menampilkan bumbung segi tiga yang sering dilihat di rumah-rumah tradisional Melayu pada tahun-tahun 1900-an.


Gerbang lain yang menyeri laluan itu turut menonjolkan seni bina bercirikan keIslaman, seperti menara gaya Turki - satu ciri seni bina menara yang biasa dilihat di masjidmasjid di sini.


Masjid Alkaff di Upper Serangoon Road, misalnya, mempunyai rekaan sedemikian.


Satu siri program, termasuk pameran dan pertunjukan permainan tradisional Melayu, alat muzik dan kraftangan perkahwinan, juga telah dirancang untuk membantu rakyat Singapura dan pelancong memahami budaya dan tradisi Melayu dengan lebih baik.


Jawatankuasa bagi projek sambutan Hari Raya tahun ini terdiri daripada 17 wakil daripada organisasi budaya dan agama seperti masjid, akar umbi dan pemimpin masyarakat, serta pihak-pihak berkepentingan dan persatuan perniagaan dari Geylang Serai dan Kembangan-Chai Chee.


Jawatankuasa ini diketuai Menteri Tenaga Manusia Tan Chuan-Jin dan Profesor Madya Fatimah Lateef, kedua-duanya Anggota Parlimen bagi GRC Marine Parade.


Mengulas tentang projek ini, Profesor Fatimah berkata:


"Tidak seperti sebuah wadah tumpuan lain, Singapura bak sebuah mangkuk salad dengan rasa yang berbeza (budaya) dengan semua berada bersama-sama dalam suasana harmoni - kita tidak mahu kehilangan rasa yang berbeza, sebaliknya kita mahu meraikan mereka dan menyampaikan kepada generasi akan datang."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >