Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BENGKEL MENULIS MENCARI KRISTAL BH-NAC

Penyampaian lucu penceramah padat dan bermanfaat

Dr Faizal dapati peserta sudah buat persediaan dan kemukakan soalan yang baik
Oct 03, 2016 | 05:30 AM



LUCU dan pada masa yang sama padat, bersemangat dan bermanfaat.



Demikian rumusan peserta bengkel penulisan cerpen Mencari Kristal mengenai sesi bengkel kendalian Felo Penyelidik, Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr Mohd Faizal Musa, yang menggunakan nama pena Faisal Tehrani.



Di samping membincangkan cara menghasilkan karya yang baik serta tip menulis, Dr Faizal juga menyelitkan unsur-unsur jenaka yang membuat peserta tidak kering gusi.



Sesi bengkel terakhir dalam siri bengkel Mencari Kristal itu memberi tumpuan kepada aspek karya yang perlu diberi perhatian utama, termasuk struktur karya, plot, watak dan juga latar.



Menurut Dr Faizal, beliau mendapati peserta begitu komited dengan sesi tersebut.



"Mereka datang ke bengkel ini bukan secara kabur, mereka telah membuat persediaan dan mempunyai soalan-soalan yang baik.



"Ini menunjukkan keinginan yang besar serta kesungguhan mahu menulis dan menjadi pengarang yang baik," ujar beliau, yang juga Felo Pelawat, Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Nasional Singapura (NUS).



Tambah Dr Mohd Faizal, program Mencari Kristal secara keseluruhannya menyediakan wadah mencari bakat baru dalam penulisan serta memberi pendedahan kepada kepelbagaian gaya penulisan.



"Daripada siri bengkel yang dianjurkan, pengarang baru didedahkan dengan cara-cara menulis dan juga memasarkan karya.



"Mereka juga diberi motivasi dan semangat menulis. Untuk itu saya rasa kesemua bengkel ini boleh memberikan bekalan yang baik kepada pengarang," katanya.



Beliau juga yakin selepas menyertai siri bengkel itu, peserta cukup bersedia menjadi pengarang.



"Dari segi ilmu, bekalan memang cukup untuk mereka menulis dengan baik, tetapi persoalannya ialah sama ada mereka akan terus menulis atau tidak selepas ini," katanya.



Seorang peserta, Cik Tuty Alawiyah Isnin, 35 tahun, berkata beliau seronok mengikuti bengkel itu.



"Ia merupakan pendedahan penting bagi penulis baru seperti saya. Dr Faizal juga merupakan seorang yang cukup berpengetahuan. Dalam berkelakar dan berjenaka, beliau turut menyampaikan mesej yang padat dan tepat kepada peserta," katanya.



Beliau mengakui selepas mendengar perkongsian itu, beliau berasa bahawa cerpen yang telah disediakannya harus ditukar berdasarkan tip yang diberikan.



Cik Siti Aisyah Mohamed Salim, 28 tahun, pula berkata kali ini peserta boleh mendapatkan perspektif lebih mendalam daripada seorang ahli akademik.



"Beliau merupakan seorang yang benar-benar mengkaji tentang penulisan. Jadi, kita dapat tahu karya kita sebenarnya di tahap mana di kalangan ahli akademik," kata guru Bahasa Melayu itu.



Selepas tamat enam bengkel, seramai 35 peserta Mencari Kristal yang berjaya memasuki pusingan kedua itu perlu menghasilkan karya kedua dengan tema yang sama iaitu Debar Cinta.



Karya kedua itu akan diadili lagi oleh tiga panel juri - Editor Gaya Hidup, Seni & Hiburan Berita Harian, Cik Hanim Mohd Saleh; penulis, Encik Jamal Ismail; dan karyawan teater, Encik Noor Effendy Ibrahim - untuk menentukan lapan finalis.



Daripada lapan finalis itu, juara Mencari Kristal akan dipilih untuk menerima hadiah wang tunai $5,000 dan trofi, manakala pemenang kedua $2,000 dan trofi dan pemenang ketiga $1,000 dan trofi.



Lima pemenang sagu hati akan membawa pulang $200 dan trofi setiap seorang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >