Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penyelia dijel 4 tahun kerana 'atur' perlawanan bola sepak Sukan SEA

Sep 21, 2015 | 06:08 PM



SEORANG penyelia di sebuah syarikat binaan dikenakan hukuman penjara empat tahun hari ini, Isnin, kerana memberi rasuah kepada seorang pegawai bola sepak Timor Leste dan menawarkan rasuah kepada para pemain pasukan itu.


Rasuah itu ditawarkan untuk memujuk mereka supaya kalah dalam satu perlawanan bola sepak Sukan SEA menentang Malaysia tahun ini.


Warga Singapura Rajendran R. Kurusamy mengaku bersalah terhadap dua daripada tiga tuduhan itu.


Pesalah berusia 55 tahun itu, yang disifatkan sebagai tukang atur perlawanan prolifik dari segi kesalahan lalu, mengaku bersengkokol dengan Moises Natalino De Jesus, 31 tahun, dan warga Indonesia Nasiruddin, 52 tahun.


Mereka bersetuju untuk memberi seorang pengarah teknikal Perseketuan Bola Sepak Timor Leste, Orlando Marques Henriques Mendes, 49 tahun, $15,000.


Persetujuan itu diadakan di Orchid Country Club pada 28 Mei lalu.


Rajendran juga mengaku menjadi anggota konspirasi bersama Moises, Nasiruddin dan Orlando untuk menawarkan rasuah kepada sekurang-kurangnya tujuh pemain Timor Leste supaya mereka kalah menentang Malaysia.


Dalam perlawanan yang diadakan dua hari kemudian itu Malaysia mengalahkan Timor Leste 1-0.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >