Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MENJELANG HARI RAYA

Penyerang Albirex sertai pemain belia berbuka puasa

Tadanari Lee turut sumbang bonus gol kepada kempen SportCares
Apr 29, 2022 | 05:30 AM



PENYERANG Albirex Niigata, Tadanari Lee, telah menunjukkan beliau bukan hanya seorang pemain terkenal, tetapi seorang pemain bola sepak yang berjiwa besar, ketika memulakan kempen sumbangan Goals for SportCares Sabtu lalu.



Kempen itu akan menyaksikan beliau menderma semua pembayaran bonus golnya musim ini, bernilai $200 setiap gol, kepada SportCares.



Setakat ini, bekas pemain Southampton itu telah menjaringkan tiga gol dalam tujuh perlawanan.



Melancarkan kempen itu di Stadium Clementi Sabtu lalu, pemain berusia 36 tahun itu telah menyertai permainan bola sepak bersama pemain muda SportCares' Saturday Night Lights (SNL) sebelum berbuka puasa bersama pemain Muslim sedang beliau mempelajari budaya mereka sempena bulan Ramadan ini.



SNL adalah program pembangunan berasaskan bola sepak yang memberi peluang kepada belia berisiko berumur 13 hingga 21 tahun untuk membina nilai melalui sukan serta mengambil kemahiran hidup yang berkaitan melalui inisiatif dan kursus bukan sukan.



Lee berkata:



"Apabila saya datang ke Singapura pada Januari 2022, saya mahu menjadi sebahagian daripada masyarakat dan salah satu cara untuk melakukannya ialah menyumbang kembali melalui apa yang saya boleh lakukan dengan terbaik iaitu sukan.



"Jadi, apabila saya mendengar tentang SportCares dan bagaimana mereka menggunakan bola sepak untuk melibatkan remaja, ia benar-benar bergema dengan saya. Dan hari ini, saya melihat secara langsung bagaimana pemain remaja begitu berdedikasi untuk berlatih dan benar-benar mahu meningkatkan permainan mereka.



"Mereka berlatih bersungguh-sungguh walaupun berpuasa di mana saya pasti bukan mudah untuk mereka. Ia menunjukkan betapa sukanya mereka terhadap sukan ini dan mereka menghargai masa yang dihabiskan bersama rakan sepasukan mereka. Saya sangat gembira kerana jaringan gol saya dapat menyumbang kepada perjalanan pemain muda ini dalam sukan."



Orang ramai boleh menyumbang kepada kempen itu di laman: https://give.asia/campaign/albirex-niigata-fc-s-x-tadanari-lee-goals-for-sportcares#/




"Mereka berlatih bersungguh-sungguh walaupun berpuasa di mana saya pasti bukan mudah untuk mereka. Ia menunjukkan betapa sukanya mereka terhadap sukan ini dan mereka menghargai masa yang dihabiskan bersama rakan sepasukan mereka. Saya sangat gembira kerana jaringan gol saya dapat menyumbang kepada perjalanan pemain muda ini dalam sukan."
- Penyerang Albirex Niigata, Tadanari Lee.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >