Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penyertaan Mencari Kristal semakin bertambah

Jun 27, 2016 | 05:30 AM



TINGGAL kurang sebulan lagi bagi menghantar penyertaan anda dalam peraduan menulis cerpen anjuran Berita Harian-Majlis Seni Kebangsaan (BH-NAC) yang sedang berlangsung kini.



Bahkan pihak penganjur telah pun menerima penyertaan karya daripada orang ramai dan ia akan dinilai setelah tamat tarikh penyertaan pada 22 Julai ini.



Peraduan itu terbuka kepada semua termasuk pelajar. Penyertaan pelajar peringkat menengah, maktab rendah, serta posmenengah dialu-alukan agar mereka berpeluang mengembangkan lagi keupayaan menulis.



Bahkan, sesiapa sahaja yang mempunyai ilham kreatif dan yakin karyanya berhak ditonjolkan bagi dibaca oleh orang ramai, ayuh tunggu apa lagi.



Daripada penyertaan itu, juri akan memilih 35 peserta pusingan pertama yang layak menyertai bengkel percuma sebelum karya kumpulan itu diadili lagi bagi menentukan lapan finalis.



Enam bengkel penulisan dan penerbitan karya itu akan dibimbing enam penulis mapan dari Singapura, Malaysia dan Indonesia pada Ogos dan September ini.



Mereka ialah Encik Hassan Hasaa'Ree Ali, Encik Mohd Raman Daud, Cik Henovia Rosalinda, Cik Alberthiene Endah, Encik Amir Muhammad dan Encik Faisal Tehrani.



Bengkel-bengkel itu merupakan sebahagian daripada usaha mencungkil bakat baru dalam arena penulisan.



Hantarkan manuskrip anda kepada penganjur BH-NAC sebelum tarikh penutup pada 22 Julai ini.



Cerpen anda harus bertemakan cinta thriller atau Debar Cinta.



Hasil karya anda akan diadili oleh barisan karyawan mapan terdiri daripada Editor (Gaya Hidup, Seni & Hiburan) BH Cik Hanim Mohd Saleh; Penyunting BH, Cik Dewani Abbas; Sasterawan, Encik Hamed Ismail, Encik Jamal Ismail dan Encik Juffri Supa'at; dan karyawan teater, Encik Noor Effendy Ibrahim.



Pemenang pertama akan menerima hadiah wang tunai $5,000 dan trofi manakala pemenang kedua dan ketiga masing-masing akan menerima wang tunai $2,000 dan $1,000 bersama trofi.



Lima pemenang sagu hati akan membawa pulang $200 dan trofi setiap seorang.



Bagi menyertainya sila hantar karya anda melalui e-mel ke mencarikristal@sph.com.sg.



Butiran lanjut boleh didapati menerusi laman http://mencarikristal.sg.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >