PERSATUAN Rakyat (PA) akan melantik Encik Lim Hock Yu sebagai ketua pengarah eksekutif (CED) pada 15 Jun ini.
Encik Lim, 55 tahun, akan mengambil alih jawatan itu daripada Encik Desmond Tan Kok Ming, 49 tahun, yang akan meninggalkan Perkhidmatan Awam pada hari yang sama, menurut satu kenyataan PA semalam.