Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Perang di Asia akan lebih dahsyat daripada perang Ukraine: Eng Hen

May 04, 2023 | 05:30 AM



SATU peperangan di Asia akan jauh lebih dahsyat daripada perang Ukraine, oleh itu mencegah konflik fizikal seperti itu mesti menjadi keutamaan bagi semua negara dalam dekad akan datang, kata Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen pada Rabu.



Konflik sebegini boleh mempunyai kesan seperti selepas Perang Dunia Pertama, di mana empat empayar sedia ada musnah dan peta dunia berubah buat negara serata dunia, tambahnya.



Dengan ada pihak yang malah sedang memikirkan kemungkinan senario sedemikian, menghuraikan hasil permainan perang dan menyesuaikan strategi, ini menunjukkan bahawa terdapat keperluan untuk menggandakan usaha dalam diplomasi dan pencegahan serta mitigasi konflik, katanya.



Beliau juga menekankan perlunya langkah membina keyakinan dan kerjasama.



Dr Ng berkata demikian semasa memberi ucapan perasmian pada Pameran dan Persidangan Pertahanan Maritim Antarabangsa ke-13, atau Imdex Asia, yang diadakan di Pusat Pameran Changi.



Acara tiga hari itu, biasanya diadakan dua tahun sekali, kembali semula selepas empat tahun terhenti akibat pandemik Covid-19.



Beliau berkata persidangan itu, yang diadakan di tengah-tengah perang di Ukraine dan ketegangan yang meningkat antara Amerika Syarikat dengan China, menyediakan platform penting untuk mengekalkan dan diharapkan meningkatkan kestabilan dan keselamatan serantau.



"Sekiranya malapetaka itu menimpa kita, walau apa pun sebab dan kewajarannya, dunia seperti yang kita tahu akan berubah secara radikal dan sememangnya menyebabkan kemiskinan - perang serentak di Eropah dan Asia akan membawa bencana kepada kita semua," tambah Dr Ng.



Pencerobohan Russia ke atas Ukraine sudah pun menjejas harapan bahawa hubungan ekonomi yang lebih erat akan membawa kepada kemakmuran bersama yang akan mengurangkan risiko perang, katanya, sambil menambah bahawa krisis itu juga membalikkan langkah saling kebergantungan yang telah dibina oleh negara dalam sepanjang tiga dekad lalu.



"Tiada pemimpin di Eropah yang saya berbicara sekarang ini percaya bahawa Russia boleh disepadukan ke Eropah, bukan dalam generasi ini, mungkin lebih lama. Harapan itu sudah lenyap," katanya.



Soalan paling penting ialah sama ada perkara sama akan berlaku bagi Asia dan rantau Indo-Pasifik yang lebih luas, kata Dr Ng.



Tidak seperti di Ukraine, konflik di Asia, khususnya antara Amerika dengan China, tidak dapat dibayangkan dan akan menyebabkan gangguan berlipat kali ganda yang dihadapi dunia sekarang, katanya memberi amaran.



Sehingga 2020, Russia menyumbang hanya 2 peratus daripada eksport global, tetapi China, kuasa ekonomi dan ketenteraan terbesar Asia, menyumbang hampir 15 peratus eksport global, tambah Dr Ng.



"Dalam krisis kewangan global, kita mengiktiraf dan menerima bahawa sesetengah institusi, terutamanya bank dan sistem kewangan, adalah 'terlalu besar untuk gagal'.



"Ungkapan itu sangat terpakai kepada hubungan Amerika-China, hubungan mereka dengan Asean, negara Asia lain dan Eropah," katanya.



Melihat perkara itu, adalah lebih penting bagi mereka yang berada di arena keselamatan pertahanan untuk mengambil langkah proaktif untuk mencegah atau mengurangkan konflik di Asia, kata Dr Ng, ketika berucap kepada 47 delegasi pada sidang itu.



BERITA




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >