Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MASYARAKAT BANJAR DI SINGAPURA

...'Perantau Menghilang'

Walaupun kaum Banjar membentuk hanya 1% daripada masyarakat Melayu Singapura, pencapaian mereka menyerlah
Oct 20, 2014 | 05:30 AM



ORANG Banjar asal Martapura, Kalimantan, berpegang kuat kepada kata-kata hikmat ba-iman, ba-untung dan ba-tuah - beriman, beruntung dan bertuah.


Tetapi, bagi Haji Mohd Gazali Mohd Arshad, 70 tahun, tiga kekata lebih berhikmah jika ditambah ba-ilmu iaitu berilmu.


"Maksud ba-ilmu ialah perlunya berilmu. Iman saja tak cukup kerana dengan adanya ilmulah seseorang itu boleh meraih keuntungan dan dengan adanya ilmu juga, seseorang itu akan lebih bertuah," kata guru pesara yang kini berkhidmat sebagai guru Bahasa Melayu secara kontrak.


Beliau berpendapat, kekata tambahan ba-ilmu perlu disertakan sebab zaman orang Banjar hidup kaya raya di Singapura hasil berdagang dan mencanai intan berlian serta menjual beli hartanah kini hanya tinggal nama kerana mereka tidak menurunkan ilmu kepada generasi muda.


Ayah tiga anak itu menarik perhatian bahawa masyarakat Banjar telah melahirkan beberapa ulama di Singapura termasuk mufti pertama, Allahyarham Ustaz Mohd Sanusi Mahmood.


"Beliau cemerlang dalam pendidikan sekular, pernah bersekolah di Sekolah Menengah Victoria dan kemudian melanjutkan pelajaran di Raffles Institution.


"Tetapi, beliau membuat pusingan 360 darjah dengan menuntut ilmu daripada beberapa ulama di sini dan kemudian melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar di Mesir.


"Beliau anak Melayu Singapura pertama meraih ijazah sarjana daripada Univeristi Al-Azhar. Keistimewaan beliau ialah kebolehan bertutur, menulis dan menafsir bahasa Arab, Inggeris dan Melayu dengan fasih.


"Ketekunan beliau mencari ilmu wajar di jadikan contoh anak-anak Banjar," tambah Haji Mohd Gazali.


Allahyarham pernah berkhidmat sebagai pemberita dan penterjemah bahasa Inggeris dan Arab ke bahasa Melayu dengan akhbar Utusan Melayu, atase kebudayaan di Kedutaan Indonesia di Kahirah, kadi dan presiden Mahkamah Syariah sebelum dilantik sebagai mufti dari 1969 hingga 1972.


Ulama tersohor keturunan Banjar di Kalimantan pula termasuk Syekh Muhammad Arshad Al-Banjari, Syekh Muhammad Nafis Al-Banjari dan Syekh Abdur Rahman Shiddiq.


Syekh Muhammad Arshad ulama fikah asal Martapura yang pernah menuntut ilmu di Makkah selama 30 tahun.


Antara hasil karyanya ialah Kitab Sabial Muhtadin, Kita Usuluddin, Kitab Tuhfatur Raghibin dan Kiatbul Faraid.


Syekh Abdur Rahman pula bukan sahaja pernah menuntut di Makkah dan Madinah selama tujuh tahun, bahkan mengajar di Masjidil Haram.


Mengenai generasi muda Banjar sekarang, Haji Mohd Gazali berkata mereka kini memang amat pentingkan ilmu sehingga ramai yang cemerlang dalam pendidikan dan kerjaya.


Menurut beliau, meskipun kaum Banjar membentuk hanya 1 peratus daripada masyarakat Melayu di sini, pencapaian mereka agak terserlah.


Perangkaan yang ada padanya menunjukkan terdapat 56 lulusan sarjana muda dan sarjana anak Banjar dan 28 lulusan diploma.


Antara mereka ialah Cik Nor Hidayah Mohd Amin, lulusan sarjana falsafah dalam kajian sejarah dari Universiti Cambridge yang juga penulis buku Gedung Kuning: Memories of a Malay Childhood; Cik Faridah Jamal, pengarah muzik angklung yang juga pengarah syarikat Ethnique Musique Connections; Encik Ahmad Irfan Mohd Khalid, juruterbang Syarikat Penerbangan Singapura (SIA); dan Cik Faizah Jamal, mantan Anggota Parlimen Dilantik (NMP).


Menurut beliau, orang Banjar bangga dengan laungan Haram manyarah Waja Sampai Kaputing, yang bermakna terus bersemangat berusaha sampai akhir, tidak boleh menyerah dan tidak mudah putus asa.


Beliau berharap slogan tersebut akan menjadi sandaran bagi membantu pembangunan diri dan masyarakat keseluruhannya.



''Beliau anak Melayu Singapura pertama meraih ijazah sarjana daripada Univeristi Al-Azhar. Keistimewaan beliau ialah kebolehan bertutur, menulis dan menafsir bahasa Arab, Inggeris dan Melayu dengan fasih. Ketekunan beliau mencari ilmu wajar dijadikan contoh anak-anak Banjar.''


- Haji Mohd Gazali Mohd Arshad mengenai mufti pertama Singapura, Allahyarham Ustaz Mohd Sanusi Mahmood, yang merupakan keturunan Banjar.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >