PERANTI keselamatan lif yang menyebabkan tangan seorang warga emas terputus bulan lalu didapati dalam keadaan baik, menurut laporan siasatan akhir yang dikemukakan Penguasa Bangunan dan Pembinaan (BCA) semalam.
"Semua peranti perlindungan pintu telah diuji dan disahkan berjalan dengan baik," kata BCA dalam satu kenyataan semalam yang merujuk kepada dapatan laporan yang dikemukakan oleh seorang pemeriksa yang diberi kuasa (AE).