Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Perarakan pengebumian negara mendiang mantan presiden S R Nathan bermula 2 petang Jumaat

Aug 25, 2016 | 02:15 PM



PERARAKAN pengebumian negara akan diadakan bagi mendiang mantan presiden S R Nathan pada Jumaat (26 Ogos).



Perarakan akan bermula dari Bangunan Parlimen pada 2 petang dan melewati mercu tanda penting kepada mendiang, seperti Dewan Bandaraya, Fullerton Hotel dan Pusat NTUC, umum jawatankuasa penganjur pengebumian negara (SFOC) dalam satu kenyataan pada Khamis.



Ia akan berakhir di Pusat Kebudayaan Universiti (UCC) di Universiti Nasional Singapura (NUS), tempat upacara pengebumian negara akan diadakan dari 3 hingga 5 petang.



"Orang ramai boleh membarisi laluan perarakan dari Bangunan Parlimen ke UCC. Mereka dinasihatkan berada di laluan pejalan kaki awam demi keselamatan mereka, dan tidak melempar objek atau mengendalikan kenderaan udara tanpa pemandu apabila pedati meriam lalu supaya tidak membahayakan orang lain dan mengganggu pergerakan pedati meriam," kata SFOC.



Di Bangunan Parlimen, kumpulan pengusung keranda - terdiri daripada sembilan anggota beruniform daripada Angkatan Bersenjata Singapura 9SAF) dan Pasukan Polis Singapura - akan memindahkan keranda mendiang ke pedati meriam 25 paun istiadat.



Setiba di UCC, pedati meriam itu akan disambut di ruang legar utama oleh satu Barisan Kehormat daripada 48 anggota Ketumbukan Polis Tentera SAF.



Barisan Kehormat akan terbalikkan senjata mereka dan menundukkan kepala mereka sebagai tanda hormat apabila pedati meriam melepasi mereka. Adat 'Berihat pada Senjata Diterbalikkan' ini adalah penghormatan tertinggi yang boleh diberi SAF kepada orang yang berpulang.



Pengusung keranda kemudian akan membawa keranda masuk ke dalam UCC, dengan berbaris secara perlahan diiringi lagu 'Dead Mac from Saul' oleh G. F. Handel yang dimainkan oleh Pancaragam Tentera SAF.



Mengiringi perarakan itu ialah Ketua Orang Berkabung, Encik Osith Ramanathan, iaitu anak mendiang, dan ahli lain keluarga beliau.



Pengusung pengiring termasuk Menteri Pembangunan Negara merangkap Menteri Kedua Kewangan, Encik Lawrence Wong; Menteri Sekitaran dan Sumber Air, Encik Masagos Zulkifli; wakil daripada Persatuan Rakyat - Encik Timothy De Souza, Encik Goh Jia Hao, Syed Ahmad bin Said Yusof Alsagoff, Encik Ramamoorthy a/l Krishnan - serta dua rakan keluarga, Encik Desmond Yong dan Encik Henry Goh.



Keranda akan masuk Dewan UCC secara perlahan, diiringi lagu 'Air' oleh J. S. Bach daripada Overture No. 3 dalam D Major, BMV1068, yang akan dimainkan oleh Orkestra Simfoni Singapura.



Ia kemudian akan diletak di atas usungan sepanjang upacara pengebumian.



Upacara itu akan dihadiri ahli keluarga mendiang, Presiden Tony Tan Keng Yam, Perdana Menteri Lee Hsien Loong, menteri Kabinet, Anggota Parlimen, Badan Kehakiman dan kor diplomatik.



Warga Singapura daripada semua lapisan masyarakat juga akan dijemput menghadiri upacara pengebumian.



Tujuh orang akan menyampaikan eulogi: Perdana Menteri Lee Hsien Loong, Profesor Tommy Koh, Encik Zainul Abidin Rasheed, Cik Jennie Chua, Encik Ramaswamy Athappan, Encik Chan Chun Sing, dan Encik Gopinath Pillai



Selepas upacara pengebumian, jenazah mendiang akan dibawa melalui perjalanan terakhirnya ke Krematorium Mandai bagi upacara pembakaran jenazah privet.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >