Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Peraturan baru bagi pasangan bawah umur bermula 1 Okt

Mar 08, 2018 | 03:16 PM



LANGKAH yang mewajibkan pasangan bawah umur menjalani program persiapan rumah tangga dan mendapat izin ibu bapa akan berkuat kuasa 1 Oktober ini.



Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) juga akan meningkatkan kurikulum program persiapan itu, yang akan memberi manfaat kepada sekitar 200 pasangan bawah umur setiap tahun.



Ini diumumkan Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim, di Parlimen semalam.



Selain itu, pasangan bawah umur juga perlu menyertai bengkel pendidikan rumah tangga tentang topik seperti pengurusan kewangan, komunikasi dan huraian konflik. Malah, ibu bapa digalakkan agar menyertai sesi perundingan serta bengkel tersebut. 



Pasangan boleh mendaftar dengan penyedia khidmat yang dilantik – INSPIRASI Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS) di Bukit Batok, dan INSPIRASI Angkatan Karyawan Islam (AMP) di Pasir Ris.



Selepas perkahwinan, mereka boleh menyertai pelbagai program pengayaan di dua pusat tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >