Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Peraturan baru basikal bermotor berkuat kuasa mulai Isnin

Jan 27, 2016 | 02:37 PM



MULAI Isnin (1 Feb), basikal bermotor yang dijual di Singapura dikehendaki memenuhi syarat-syarat lebih ketat, kata Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dalam satu peringatan pada Rabu.


Basikal bermotor, atau dikenali sebagai basikal bantuan kuasa, perlu mematuhi Piawai Eropah EN 15194, yang pada masa ini digunakan di Australia dan 33 negara di seluruh Eropah.


Syarat itu termasuk mempunyai kuasa motor maksimum 250 watt dan bantuan kuasa motor progresif, yang menjadikan basikal kurang bergegar apabila bergerak dari kedudukan tidak bergerak.


Basikal itu juga dikehendaki mempunyai berat tanpa muatan tidak melebihi 20 kilogram.


Oramai juga dinasihatkan mencari meterai LTA berwarna oren apabila membeli basikal bermotor untuk memastikan ia memenuhi syarat-syarat baru.


Basikal yang memenuhi keperluan semasa dan dilekatkan dengan meterai LTA berwarna biru masih dibenarkan digunakan di jalan awam.


Hukuman bagi mereka yang didapati menggunakan basikal bermotor yang diubah suai secara haram atau tidak memenuhi syarat itu juga telah meningkat sejak 19 November.


Pesalah kali pertama akan dikenakan denda $300, bertambah daripada $100 sebelum ini, manakala pesalah berulang akan didenda denda $500, naik daripada $200.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >