SEMUA pihak yang terlibat dalam projek pembinaan besar perlu mematuhi peraturan baru 'Direka untuk Keselamatan'(Design for Safety) yang akan berkuat kuasa bulan depan, kata Menteri Tenaga Manusia, Encik Lim Swee Say, semalam.
Ini bermakna projek tersebut perlu mengandungi ciri-ciri keselamatan bagi pekerja yang sedang membina dan menyelenggara projek dalam peraturan itu.