Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Peraturan baru wajibkan penyata gaji dalam masa dua tahun

Jan 13, 2014 | 04:11 PM



MAJIKAN akan diwajibkan mengeluarkan penyata gaji yang mengandungi butiran dalam peraturan baru yang bakal dilaksanakan dalam dua tahun ini.


Untuk membantu mereka menyesuaikan diri kepada peraturan baru itu kelak, Kementerian Tenaga Manusia (MOM), Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) dan Persekutuan Majikan Nasional Singapura (Snef) telah membangunkan Garis Pandu Tiga Pihak mengenai pengeluaran surat gaji itu.


Antara lain, penyata gaji itu perlu memaparkan gaji asas, jumlah elaun, dan jumlah potongan bagi setiap tempoh bekerja.


Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, MOM berkata surat gaji yang mengandungi butiran seperti itu memupuk kesedaran pekerja mengenai komponen gaji mereka.


"Ia juga dapat membantu menghuraikan pertikaian gaji," kata MOM.


Antara lain, garis pandu itu membimbing syarikat bagaimana melaksanakan sistem mentadbir slip gaji, menggunakan templat, dan menyesuaikannya mengikut keperluan syarikat masing-masing.


MOM berkata garis pandu itu dilakar setelah menerima maklum balas daripada syarikat-syarikat kecil, terutama sekali perniagaan kecil-kecilan dan pegerai makanan, yang mendapatinya sukar mengeluarkan surat gaji.


"Oleh itu, garis pandu tersebut bertujuan membantu perniagaan mengubah amalan mereka dengan mampan, agar mereka mampu mematuhi peraturan baru itu apabila ia diwajibkan di bawah undang-undang kelak," kata MOM.


Kementerian itu berkata ia juga sedang bekerjasama dengan Penguasa Pembangunan Infokom (IDA) dan Spring Singapore untuk menyediakan alat seperti buku kecil penyata gaji, dan sokongan dana kepada syarikat yang ingin membangun huraian khusus untuk mengeluarkan slip gaji.


Dalam kenyataan berasingan, gerakan buruh berkata ia mengalu-alukan garis pandu tersebut kerana ia bermakna lebih banyak ketelusan bagi pekerja.


"Menyediakan pekerja dengan penyata gaji yang mempunyai butiran akan dapat membantu mereka memahami komponen gaji dan menyediakan satu bentuk dokumentasi yang sewajarnya.


"NTUC juga menggalakkan pekerja untuk menyimpan penyata gaji mereka dengan baik dan mendapatkan penjelasan daripada majikan atau kakitangan sumber manusia (HR) mereka jika mereka tidak faham komponen gaji," kata Penolong Setiausaha Agung NTUC, Cik Cham Hui Fong.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >