Peraturan lebih ketat bagi pindah JC

SAMA seperti sekolah menengah, maktab rendah (JC) telah diberitahu supaya jangan menerima permintaan pemindahan daripada pelajar yang gagal memenuhi titik potong minimum akademik mereka.

Sebelum ini, JC yang masih mempunyai tempat kosong selepas kemasukan awal pelajar mempunyai budi bicara untuk menerima pelajar yang merayu agar diterima walaupun mereka tidak mencapai titik potong JC itu.

Sesetengah JC popular menerima sebanyak 100 rayuan setahun.

Akhbar The Straits Times melaporkan pada Jumaat (15 Jan) ia difahamkan bulan lalu JC diberitahu Kementerian Pendidikan (MOE) bahawa mereka boleh menimbangkan hanya rayuan pelajar yang memenuhi markah minimum peperiksaan GCE peringkat O mereka.

Awal bulan ini, arahan sama dikeluarkan kepada sekolah menengah, yang diberitahu mereka tidak boleh menerima permintaan pemindahan daripada pelajar Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE) yang tidak memenuhi titik potong sekolah mereka.

MOE berkata pelajar dimasukkan ke sekolah menengah berdasarkan "langkah objektif dan telus kelebihan akademik" dan rayuan selepas itu "perlu selari dengan prinsip sama, bagi berlaku adil kepada pelajar lain".

Jurucakap MOE berkata sekolah memaklumkan pelajar GCE peringkat O mereka tentang perkara itu semasa mereka menerima keputusan peperiksaan tersebut Isnin lalu.

Mereka mempunyai hingga hari ini untuk memilih sekolah bagi pendidikan pos-GCE O mereka. Pelajar yang layak boleh memilih salah satu daripada 17 JC yang menawarkan kursus GCE peringkat A dua tahun, dan dua lagi sekolah yang menawarkan program Baccalaureate Antarabangsa (IB).

Lepasan sekolah menengah boleh juga memilih laluan politeknik.

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 41
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.