UNDANG-Undang baru bagi Akta Rumah Urut (MEA) mula berkuatkuasa hari ini dengan mengenakan denda lebih berat ke atas rumah-rumah urut yang dikendalikan tanpa lesen dan juga yang berlesen tetapi tidak mematuhi undang-undang.
Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) dalam kenyataannya semalam berkata undang-undang baru ini akan melengkapi polis dengan kuasa yang lebih kuat untuk menangani kegiatan maksiat.