Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Peratusan warga Singapura berusia 65 tahun dan ke atas terus bertambah

Sep 30, 2015 | 03:34 PM



JUMLAH warga Singapura yang bekerja bagi setiap warga tua telah berkurangan kepada kurang lima orang, sedang penduduk negara ini terus menua di tengah-tengah peningkatan jangka hayat dan kadar kesuburan rendah.


Sekarang, terdapat 4.9 warga dalam kumpulan umur bekerja 20-64 tahun bagi setiap warga berusia 65 tahun ke atas.


Pada 2005, angka itu ialah 7.2, sementara pada 1990, 10.4 dan 1970, 13.5.


Warga Singapura berusia 65 dan lebih tua membentuk 13.1 peratus jumlah penduduk warganegara pada Jun 2015, meningkat daripada 12.4 peratus pada tempoh sama tahun lepas, menurut laporan yang dikeluarkan Divisyen Penduduk dan Bakat Nasional pada Rabu (30 Sep).


Peratusan itu hanya 8.8 peratus 10 tahun lalu, pada 2005.


Bagi menjaga keperluan penduduk yang menua, pemerintah baru-baru ini melancarkan Pelan Tindakan Penuaan Berjaya bernilai $3 bilion, diterajui oleh Jawatankuasa Menteri mengenai Penuaan


Rancangan lima tahun itu merangkumi bidang seperti kesihatan, infrastruktur, pembelajaran sepanjang hayat dan juga penyelidikan, untuk memastikan penduduk Singapura dapat menua dengan baik.


Ia termasuk inisiatif seperti kelas bersubsidi dan peningkatan infrastruktur supaya warga tua dapat terus menjalani kehidupan aktif.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >