Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

TANGKAPAN DI BAWAH ISA

Perbuatan bahaya Zulfikar tidak boleh diterima masyarakat

Jul 30, 2016 | 05:30 AM



SESETENGAH kenyataan yang dimuat naik ke media sosial mungkin kelihatan seperti tidak berniat apa-apa.



Namun, kenyataan itu boleh menghasilkan kesan berbahaya kepada mereka yang mudah terpengaruh, khususnya jika ia mempunyai motif tersembunyi, kata beberapa pemimpin masyarakat dan pakar pengganasan ketika dihubungi semalam.



Mereka berkata demikian sewaktu mengulas penahanan warga Singapura, Zulfikar Mohamad Shariff, 44 tahun, di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).



Akibat pelbagai mesej radikal yang disebarkan Zulfikar menerusi media sosial, sekurang-kurangnya dua lagi warga Singapura - Muhammad Shamin Mohamed Sidik dan Mohamed Saiddhin Abdullah - terpengaruh dan menjadi radikal.



Muhammad Shamin ditahan di bawah ISA atas kegiatan berkaitan pengganasan, manakala Mohamed Saiddhin dikenakan Perintah Sekatan (RO).



Penolong Profesor Komunikasi dan Media Baru Universiti Nasional Singapura (NUS), Dr Elmie Nekmat, berkata media sosial boleh mendedahkan pengguna kepada idea tertentu menerusi teman dalam talian atau rangkaian mereka.



Maka, adalah penting pengguna media sosial lebih berjaga-jaga dengan siapa yang mereka berkawan di media sosial.



Pengarah Urusan SimplyIslam, Encik Mohamed Nassir Abdul Sukkur, berkata Zulfikar, yang menyokong IS, mempunyai pengikut yang agak ramai di media sosial.



Perbuatannya boleh mempengaruhi individu lain menjadi radikal, termasuk berjuang bersama IS, katanya.



"Lebih teruk lagi, individu ini mungkin boleh menjadi lebih radikal oleh anggota IS agar melancarkan serangan secara bersendirian ('lone wolf') ke atas orang awam di Singapura," ujarnya.



Penolong Profesor Program Pengajian Perhubungan Antara Agama dalam Masyarakat Majmuk (SRP) Sekolah Pengajian Antarabangsa S. Rajaratnam (RSIS), Ustaz Dr Mohamed Ali, menggesa masyarakat supaya selalu merujuk kepada sumber yang boleh dipercayai.



"Apa yang kita terima daripada Internet bukan pengetahuan, tetapi maklumat. Walaupun apa yang dimuat naik itu kelihatan seperti ajaran berkaitan Islam, kita perlu bersikap kritikal apabila membacanya.



"Pengetahuan perlu melalui proses sistematik, terutama pengetahuan Islam, di mana anda perlu menghadiri kelas rasmi dan dipimpin betul, bukan sekadar meraih maklumat daripada Internet," katanya.



Mantan Speaker Parlimen, Encik Abdullah Tarmugi, menarik perhatian bahawa perbuatan Zulfikar yang bukan sahaja menyebarkan agenda IS malah mempengaruhi individu lain menjadi radikal membuktikan bahawa dia berbahaya dan wajar ditahan.



"Walau siapa pun orang itu, kalau dia merupakan ancaman kepada keselamatan negara, tindakan harus diambil," ujarnya.



Zamil Penyelidikan Bersekutu di RSIS, Cik Saleena Saleem, pula berkata langkah pemerintah mengambil tindakan itu memberi isyarat yang kuat bahawa Singapura menolak dengan tegas segala kegiatan berkaitan pengganasan, lebih-lebih lagi dengan pelbagai kejadian keganasan yang berlaku di seluruh dunia kebelakangan ini.



Dalam pada itu, Biskop Gereja Methodist Singapura, Dr Wee Boon Hup, berkata masyarakat Kristian dan gereja di Singapura mempunyai hubungan yang baik dengan semua masyarakat yang berlainan agama di sini, termasuk masyarakat Islam. Beliau juga yakin penahanan terkini itu tidak akan menjejas hubungan yang kukuh itu.



"Tapi kita tidak boleh memandang remeh perkara ini. Kita harus membina lagi asas yang kukuh itu agar hubungan ini dapat terus dikekalkan," katanya.



Presiden Persekutuan Buddha Singapura, Venerable Seck Kwang Phing, juga berkata masyarakat Buddha setempat akan terus berdiri bersama masyarakat lain di Singapura, termasuk masyarakat Islam, bagi memerangi pengganasan.



"Kami sering memberitahu pengikut kami tentang kepercayaan orang Islam. Islam agama yang tidak menyokong pengganasan.



"Kami akan terus percaya kepada teman-teman yang beragama Islam agar dapat sama-sama memerangi pengganasan," ujar Venerable Seck.




APA KATA TOKOH MASYARAKAT LAIN



"Saya selalu bimbang orang boleh menjadi radikal membaca pos daripada individu seperti Zulfikar. Pandangan radikalnya tentang Islam dipenuhi dengan petikan yang dilihat sebagai boleh diterima dari segi agama kepada mereka yang sedang mencari jawapan terhadap kehidupan. Gesaan Zulfikar supaya menyahut seruannya berjuang bersama IS kini telah menjadikan seorang lagi radikal. Ini patut dikeji dan ia tindakan tidak bertanggungjawab. Dia sekadar duduk di kerusi di Australia dan mengorbankan jiwa mereka yang mudah diperdaya. Saya menyeru masyarakat Muslim supaya merujuk kepada para ilmuwan yang mempunyai kelayakan sewajarnya dan sering menggalak kedamaian walaupun apabila kita perlu menghuraikan konflik. Justeru, kita harus terus berwaspada dan mengalihkan pandangan daripada mereka yang mengapi-apikan kemarahan dan keganasan dalam setiap ayat yang mereka tulis."
- Menteri Sekitaran dan Sumber Air, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.



"Dalam kes Zulfikar, dia terang-terangan menyokong ideologi IS (atau dikenali sebagai ISIS) secara terbuka hingga mempengaruhi orang lain. Apabila dia sudah melampaui batas dengan menghasut pemikiran orang lain supaya melakukan sebarang keganasan, baik di sini mahupun luar negara sehingga mengorbankan jiwa, pemerintah harus mengambil tindakan."
- Setiausaha Parlimen Ehwal Dalam Negeri, Encik Amrin Amin.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >