PENGGANAS sanggup menggunakan bulan Ramadan yang mulia ini dengan melakukan perbuatan kejam dan menumpahkan darah orang awam yang tidak berdosa.
Serangan pengganas ke atas sebuah kafe di Dhaka, Bangladesh, yang mengakibatkan 20 tebusan awam terkorban, juga membuktikan bahawa kumpulan pengganas sedia menyalahgunakan konsep agama Islam demi membenarkan perbuatan ganas.