Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Perbuatan seks abang tiri terbongkar apabila budak lakukan perkara sama ke atas adik perempuan

May 24, 2016 | 08:07 AM



PADA 2013, seorang budak lelaki berusia 11 tahun menyuruh adik perempuannya yang berumur lapan tahun melakukan perbuatan seksual ke atasnya.

Apabila ayah mereka mendapat tahu dan bertanya kepadanya, budak lelaki itu berkata dia belajar melakukan perbuatan tersebut daripada kawan ayahnya, yang berusia 56 tahun, dan abang tirinya.

Budak lelaki itu pernah dianiaya begitu oleh kawan bapanya semasa dia berumur tujuh tahun. Abang tirinya juga melakukan perkara yang sama ke atasnya ketika dia berusia 10 tahun.

Budak itu, kini 14 tahun, juga mendedahkan bahawa abang tirinya beberapa kali menyuruh dia dan adik perempuannya menggunakan kaki mereka untuk menggosok kemaluannya.

Si ayah kemudian melaporkan perkara itu kepada polis serta Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF).

Pada Isnin (23 Mei), abang tiri itu, 25 tahun, didapati bersalah melakukan serangan seksual dengan penembusan di tempat letak kereta di Havelock Road pada 2012, dan dua tuduhan melakukan perbuatan tidak senonoh terhadap kanak-kanak pada 2013.

Kawan si ayah, yang bekerja dengannya di gerai roti pratanya, telah dihukum penjara enam tahun bagi kesalahannya, yang dilakukan antara Disember 2009 dan Januari 2010.

Semua pihak dalam kes itu tidak boleh dinamakan disebabkan perintah larangan.

Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Sruthi Boppana berkata siasatan menunjukkan pada 2012, abang tiri itu membawa budak lelaki tersebut ke tempat letak kereta bertingkat di Havelock Road, dan melakukan kesalahan itu tanpa kebenaran mangsa.

Budak itu, yang dalam darjah empat ketika itu, tidak memberitahu sesiapa kerana tertuduh memberitahunya jangan memberitahu sesiapa kerana ia akan mendatangkan "masalah besar" dalam keluarga mereka.

Pada 20 Jun 2013, budak itu sedang berada di rumah apabila abang tirinya menutup mulutnya dan membawanya ke sebuah bilik.

Si abang menyuruh adiknya baring di atas lantai dan kemudian melakukan perbuatan lucah ke atasnya sebelum menggosok kemaluannya menggunakan kaki adiknya.

Pada bulan yang sama, tertuduh menyuruh adik perempuan tirinya masuk ke dalam bilik dan melakukan perbuatan sama ke atasnya.

Peguam bela G. Dinagaran berkata seorang doktor dari Institut Kesihatan Mental telah menyatakan bahawa tertuduh mengalami kecacatan akal ringan, dan fungsi sosialnya dalam julat amat rendah.

Hakim Daerah Shaiffudin Saruwan akan menjatuhkan hukuman pada 6 Jun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >