Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Percaya Puan Halimah boleh jadi pemimpin marhaen berkesan

Sep 13, 2017 | 08:36 PM



UCAPAN tahniah daripada rakyat dan pertubuhan setempat mencurah-curah buat Puan Halimah Yacob yang diisytihar Bakal Presiden Singapura semalam.



Ramai menyokong dan menyampaikan kata-kata perangsang kepadanya, yang juga presiden wanita pertama dalam sejarah Singapura.



Antaranya ialah Persekutuan Persatuan Suku Kaum Cina Singapura (SFCCA), yang berkata luasnya pengalaman Puan Halimah pasti menjadi kelebihan ke arah pembinaan modal sosial bagi pembangunan negara dan memperjuang Singapura yang inklusif dan bersepadu.



“Presiden berperanan memaparkan identiti kepelbagaian bangsa yang harmoni negara kita dan masyarakat Cina yakin, di bawah kepimpinan berkebolehan Puan Halimah, Singapura akan terus makmur dan maju sebagai negara bersatu,” kata SFCCA.



Turut mengucapkan tahniah ialah Persekutuan Perniagaan Singapura (SBF). Mereka berharap Puan Halimah menjalani penggal yang membuahkan hasil.



Dalam kenyataannya, SBF menambah bahawa sebagai mercu dewan perniagaan yang mewakili kepentingan masyarakat perniagaan di Singapura dan peringkat antarabangsa, mereka mengiktiraf peranan penting Presiden dalam menyediakan publisiti peringkat tinggi bagi syarikat Singapura.



Jawatan presiden itu juga membuka peluang bagi pemimpin perniagaan dan pemimpin luar negara, penggubal dasar dan rakan sejawat perniagaan menjalin kerjasama, ujar SBF.



“SBF menantikan bekerja dengan rapat bersama pejabat Presiden untuk memberi manfaat kepada perniagaan dan masyarakat,” kata SBF.



Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS) dalam kenyataannya pula berkata sungguhpun peletakan jawatan Puan Halimah sebagai Speaker Parlimen, Anggota Parlimen dan Anggota Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) Parti Tindakan Rakyat dianggap kehilangan wakil wanita di Parlimen,



PPIS percaya Puan Halimah akan terus menjadi inspirasi wanita Singapura sebagai presiden wanita pertama.



Ini terutamanya bagi pemimpin masa depan, yang akan terdorong menyahut cabaran baru, menyandang peranan kepimpinan dan menyumbang kepada pembinaan negara.



Presiden PPIS, Cik Rahayu Mohamad, berkata: 



“Cik Halimah telah menunjukkan kita bahawa, sebagai wanita, kita tidak terbatas mencapai sesuatu. Kita boleh bercita-cita melakukan perkara hebat selagi rela bekerja keras dan fokus. Sebagai wanita, kita harus terus melabur diri mencari kebolehan kita.”



Mesej sokongan buat Puan Halimah turut diberikan rakyat Singapura pelbagai latarbelakang di media sosial, termasuk Facebook.



Ini termasuk mesej oleh pengguna Facebook dengan nama Neks Moden, yang menulis:



“Tahniah Puan Halimah Yacob. Nama anda akan tercatat dalam sejarah dan semoga anda menjadi inspirasi kepada anak-anak Islam untuk berjaya. Anda kebanggaan kami.”



Seorang lagi pengguna Facebook, Habibah Tahir, pula berkata:



“Alhamdulillah Puan Halimah menjadi Presiden.. Orangnya suka merendah diri dan banyak jasa di Singapura, tetap nak tinggal di flat, pakaiannya sederhana saja.. Semoga mejalankan tugas dengan cemerlang...”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >