Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Percikan api dari enjin pesawat Scoot dalam penerbangan ke Singapura dari Sydney

Nov 29, 2016 | 07:47 AM



PERCIKAN api dilihat terbang dari salah satu enjin sebuah pesawat penumpang Scoot dalam penerbangan pulang ke Singapura dari Sydney pada Sabtu (26 Nov).



Menurut akhbar Shin Min Daily News, penumpang penerbangan TZ001 mendengar bunyi kuat dari pesawat Boeing 787 Dreamliner itu sebelum ternampak percikan api dari enjin di sayap kanan.



Seorang rakan penumpang menggambar kejadian itu dalam satu pos di media sosial beserta video.



Sebagai respons kepada pertanyaan media, Scoot berkata pada Isnin (28 Nov) kejadian itu berlaku semasa pesawat tersebut terbang turun ke Singapura.



Kejadian itu "memerlukan enjin kanan dimatikan".



Krew penerbangan kemudian menghubungi Pusat Kawalan Trafik Udara Singapura dan meminta perkhidmatan bomba berada dalam keadaan berjaga-jaga apabila pesawat itu mendarat.



Scoot berkata pesawat tersebut mendarat seperti yang dijadual dan perkhidmatan bomba kemudian mengesahkan tidak ada kebakaran enjin.



Jurucakapnya berkata: "Punca kejadian itu sedang disiasat. Keselamatan amat penting bagi Scoot dan kami akan berusaha memastikan kesejahteraan tetamu kami."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >