Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Perdana Menteri China ucap tahniah kepada PM Lee

Sep 30, 2015 | 09:28 AM



Perdana Menteri China, Encik Li Keqiang, telah menghantar perutusan tahniah kepada Perdana Menteri Lee Hsien Loong sempena penggal baru Encik Lee.


"Saya ingin menyampaikan, bagi pihak pemerintah China dan atas nama saya sendiri, ucapan tahniah ikhlas dan selamat maju jaya kepada anda," kata Encik Li dalam surat yang dikeluarkan oleh Kedutaan China di Singapura pada Isnin (28 Sep).


"Di bawah kepimpinan cemerlang anda, Singapura menikmati pertumbuhan ekonomi berterusan, semakin mempertingkat kehidupan rakyatnya dan membuat sumbangan penting kepada keamanan, kestabilan dan kemakmuran di rantau ini," kata Encik Li.


Menyatakan bahawa China dan Singapura adalah jiran mesra dan rapat, Encik Li berkata pemerintah China memandang hubungan persahabatan dan kerjasama dengan Singapura sangat penting.


"Sejak hubungan diplomatik dijalin 25 tahun lalu, kerjasama praktikal kita telah dipertingkat dengan ketara dalam semua perkara dan membuahkan hasil," katanya.


"Saya bersedia bekerjasama dengan anda dengan rapat bagi memajukan hubungan China-Singapura ke tahap baru," tambah Encik Li.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >