Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Perenag Joseph Schooling dan Theresa Goh akan terima Anugerah Hari Kebangsaan

Oct 07, 2016 | 02:12 PM



PERENANG kebangsaan Joseph Schooling dan Theresa Goh akan menerima Anugerah Hari Kebangsaan bagi pencapaian mereka di Sukan Olimpik dan Paralimpik Ria.



Schooling, 21 tahun, akan dianugerah Pingat Jasa Gemilang, umum Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY) pada Jumaat (7 Okt).



Pada Ogos, beliau menewaskan gergasi renang dunia, termasuk Michael Phelps dari Amerika Syarikat, untuk merangkul emas Olimpik pertama Singapura dan mencatat rekod baru Olimpik dalam final gaya kupu-kupu 100m lelaki.



Schooling, seorang pelajar di Universiti Texas di Austin, berkata dalam satu kenyataan: "Menerima anugerah ini adalah satu penghormatan besar. Pingat emas Olimpik saya kemuncak bukan kerja keras saya selama ini sahaja, bahkah sokongan kukuh daripada keluarga dan rakan, pekongsi dan masyarakat sukan di Singapura."



"Ia satu pencapaian yang semua orang berkongsi sebahagian daripadanya. Pengiktirafan anugerah ini mendorong saya terus bekerja keras dan saya akan terus melakukan yang terbaik untuk mengibarkan bendera Singapura kita tinggi di persada dunia."



Goh, 29 tahun, pemenang pingat gangsa Paralimpik yang sebelum ini dianugerah Pingat Bakti Masyarakat, akan menerima Bintang Bakti Masyarakat.



Menurut petikan anugerah bagi Goh, beliau diiktiraf bukan bagi prestasi Paralimpik beliau sahaja, malah "semangat ketahanan besar beliau dan ketabahan beliau dalam mengejar kecemerlangan sukan".



Goh berkata: "Menerima Bintang Bakti Masyarakat sesungguhnya satu penghormatan besar kerana ia menjadi galakan dan pengiktirafan bagi kerja keras orang yang telah membantu saya mencapai apa yang saya capai sekarang."



Menteri MCCY, Cik Grace Fu, mengucapkan tahniah kepada Schooling dan Goh, dan berkata dalam satu kenyataan: "Anugerah Hari Kebangsaan satu pengiktirafan yang layak diterima bagi sumbangan mereka kepada kecemerlangan sukan dan kesannya terhadap masyarakat, khususnya belia."



Perenang kebangsaan, Yip Pin Xiu, 24 tahun, yang membawa pulang dua pingat emas di Paralimpik Rio, dianugerah Pingat Jasa Gemilang bagi emas pertamanya di Beijing pada 2008.



Anugerah itu akan disampaikan oleh Presiden Tony Tan Keng Yam pada majlis Penyampaian Anugerah Hari Kebangsaan pada awal November.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >