Pergas dan RRG orak langkah guna media sosial dampingi masyarakat

PERSATUAN Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas) sedang membangunkan aplikasi bergerak bagi telefon bijak dan iPad untuk mendampingi masyarakat dan menguar-uar program dan inisiatif anjurannya.

Pergas juga telah mengorak langkah untuk mendampingi masyarakat di alam siber melalui laman media sosial Facebook dan saluran YouTube.

Ini dinyatakan oleh Pengarah Eksekutif Pergas, Ustaz Mohammad Yusri Yubhi Md Yusoff, kepada Berita Harian.

Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG) juga tidak ketinggalan dalam menggunakan alam siber demi mendekati masyarakat.

Ini lebih-lebih lagi dalam menangani menangani fahaman radikal di Internet

Setiausaha RRG, Dr Mohamed Ali, berkata: "RRG akan mula memuatnaikkan mesej- mesej pendek mengenai nasihat menangani fahaman radikal di Internet di laman Facebooknya secara kerap agar mudah difahami masyarakat."

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 38
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.