Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pergas: Pengiktirafan satu langkah ke belakang, keruhkan keadaan

Dec 14, 2017 | 05:30 AM



PERSATUAN Ulama Dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas) menyifatkan keputusan Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, mengiktiraf Baitulmakdis sebagai ibu kota Israel sebagai "satu langkah ke belakang dalam usaha mengekalkan kestabilan dunia, serta mampu mengundang tindak balas yang boleh mengeruhkan lagi keadaan di Palestin dan juga keamanan sejagat".



Ia menyatakan demikian dalam satu kenyataan yang diterima media kelmarin sebagai respons kepada pengumuman Encik Trump pada 6 Disember lalu.



Pergas berkata ia amat kesal dan sangat prihatin mengenai Presiden Amerika itu.



"Kenyataan itu juga secara simboliknya seolah-olah menyokong segala tindakan dan dasar negara Israel selama ini yang berterusan menzalimi hak warga Palestin di tanah air mereka sendiri, selain mencabuli resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) yang menggesa agar Israel menghentikan dengan kadar segera segala aktiviti pembinaan petempatan haram mereka di kawasan tanah milik Palestin," ujar Pergas.



Di samping itu, Pergas merakamkan sokongannya kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Ehwal Luar (MFA), yang mengulangi pendirian Singapura menyokong huraian dua negara, melibatkan penubuhan sebuah negara Palestin merdeka yang hidup dalam aman dan sejahtera di samping negara Israel, dan berpegang kepada resolusi PBB bahawa kedudukan muktamad Baitulmakdis harus diputuskan oleh dua pihak itu melalui rundingan langsung.



Namun, Pergas juga menegaskan keamanan hanya akan dapat dicapai sekiranya kezaliman, kekejaman dan penindasan dapat dihentikan. Ini selaras dengan tuntutan agama Islam yang menggalak kedamaian dan kesejahteraan antara kedua-dua belah pihak.



"Melangkah ke hadapan, Pergas amat berharap dengan respons kurang senang rata-rata masyarakat dunia dan doa masyarakat Islam sekalian dapat membantu Presiden AS menimbang semula pengiktirafan ini.



"Semoga konflik Israel-Palestin ini akan dapat dileraikan dan keharmonian serta keamanan dapat dipulihkan." ujar Pergas.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >