Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Perintah Larangan, notis ke atas 4 individu berkaitan 1MDB

Mar 13, 2017 | 05:03 PM



PENGUASA Kewangan Singapura (MAS) hari ini mengumumkan bahawa ia telah mengeluarkan satu Perintah Larangan (PO) bagi tempoh 10 tahun ke atas bekas pengarah Goldman Sachs (Singapore) Pte, Tim Lessner, selain mengemukakan notis untuk mengambil tindakan serupa ke atas tiga individu lain yang disiasat Jabatan Ehwal Komersil (CAD) berhubung isu berkaitan 1MDB, yang kesemuanya telah diseret ke mahkamah.



Ketiga-tiga individu berkenaan ialah Jens Fred Sturzenegger, bekas pengurus cawangan Falcon Private Bank Ltd di Singapura, selain Encik Yak Yew Chee dan Yvonne Seah Yew Foong, yang kedua-duanya merupakan pekerja BSI Bank Limited (BSI Bank).



Memandang kesalahan salah laku mereka yang serius, MAS bercadang mengeluarkan PO seumur hidup ke atas Sturzenegger dan Yak, dan PO selama 15 tahun ke atas Seah.



Pada Disember 2016, MAS mengeluarkan notis yang menyatakan niat penguasa itu untuk mengeluarkan PO ke atas Leissner dan menyuruhnya mengemukakan jawapan bertulis tentang mengapa PO tidak seharusnya dikenakan ke atasnya.



Leissner didapati telah mengeluarkan surat pada Jun 2015 secara tidak sah kepada sebuah institusi kewangan berpangkalan di Luxembourg, dan telah membuat kenyataan palsu bagi pihak Goldman Sachs (Asia) L.L.C., tanpa pengetahuan firma itu.



Menyusuli pertimbangan yang mendalam, yang dibuat oleh wakil Leissner dan fakta yang relevan, MAS memutuskan untuk mengeluarkan PO bagi tempoh 10 tahun ke atasnya berkuatkuasa hari ini (13 Mac 2017).



Leissner kini dilarang bagi tempoh 10 tahun dalam menjalankan sebarang kegiatan yang dikawal di bawah Akta Sekuriti dan Niaga Hadapan dan mengambil bahagian, secara langsung mahupun tidak langsung, dalam mana-mana pengurusan perkhidmatan pasaran modal di Singapura.



Berhubung Jens Fred Sturzenegger pula, MAS telah mengeluarkan notis yang menyatakan niat untuk mengeluarkan sebuah PO ke atas bekas pengurus cawangan Bank Falcon di Singapura dari Ogos 2011 hingga Oktober 2016.



Sebagai Pengurus Cawangan, Sturzengger bertanggungjawab dalam memastikan pengurusan Bank Falcon yang berkesan dan menuruti peraturannya, notis dan arahan yang dikeluarkan MAS, selain apa jua undang-undang dan peraturan yang relevan.



Pada 11 Januari lalu, Sturzenegger telah disabitkan dengan beberapa tuduhan, termasuk (i) membiarkan Bank Falcon untuk tidak memfailkan laporan transaksi yang dicurigai bagi pengaliran keluar wang dari Bank Falcon; (ii) gagal mendedahkan maklumat yang mencurigakan dari Bank Falcon; dan (iii) mengemukakan maklumat palsu kepada MAS dan CAD untuk menyembunyikan hubungannya dengan Encik Low Taek Jho, selain pengetahuannya berhubung penglibatan Encik Low dalam akaun yang diuruskan Bank Falcon.



MAS telah mengeluarkan notis berkenaan niatnya untuk mengemukakan PO ke atas Yak dan Seah, bekas wakil Bank BSI.



Yak merupakan pegawai kanan perbankan privet dengan Bank BSI antara 2010 dan 2016 dan meyandang jawatan Pengarah Urusan.



Dia merupakan pengurus perhubungan untuk Encik Low dan bapa Encik Low.



Sebagai pegawai kanan perbankan kedua paling kanan selepas Yak, Seah rapat membantu Yak dalam menguruskan hubungan antara Encik Low dan bapanya.



Pada 11 November 2016, Yak telah disabitkan dengan tuduhan memalsukan surat rujukan kepada entiti berpangkalan di Switzerland, menggunakan kepala surat Bank BSI.



Pada 16 Disember tahun lalu, Seah telah disabitkan kerana secara sengaja membantu Yak dalam memalsukan surat rujukan.



Surat-surat ini dikeluarkan bagi mengabui nilai sebenar Encik Low atau menyembunyikan sumber kewangan dan pemindahan dana Encik low.



PO yang bakal dikenakan akan melarang Sturzenegger dan Yak seumur hidup, dan Seah bagi tempoh 15 tahun, daripada:



(i) menjalankan sebarang kegiatan terkawal atau bertindak sebagai wakil dalam apa jua kegiatan terkawal seperti yang termaktub di bawah Akta Sekuriti dan Niaga Hadapan;



(ii) mengambil bahagin, secara langsung atau tidak langsung, dalam pengurusan, bertindak sebagai pengarah, atau menjadi pemegang saham yang agak ketara; memegang lesen khidmat pasaran modal atau menjadi orang yang dikecualikan di bawah Akta Sekuriti dan Niaga Hadapan.



(iii) memberi khidmat nasihat kewangan seperti yang termaktub di bawah Akta Penasihat Kewangan; dan



(iv) mengambil bahagian, secara langsung atau tidak langsung, dalam pengurusan, bertindak sebagai pengarah, atau menjadi pemegang saham yang ketara; menjadi penasihat kewangan berlesen atau dikecualikan di bawah Akta Penasihat Kewangan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >