Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Perintah muflis terhadap anak mantan menteri Tun Daim Zainuddin dibatalkan

Feb 09, 2017 | 08:50 AM



SATU perintah muflis terhadap ahli perniagaan Md Wira Dani Abdul Daim, anak mantan menteri kewangan Malaysia, Tun Daim Zainuddin, telah dibatalkan.



Ini menunjukkan hutangnya sebanyak $1.65 juta pada sebuah firma broker di sini telah dilunas.



Statusnya yang telah dikemas kini diwartakan bulan lalu. Ia satu-satunya kes pembatalan muflis dalam warta tersebut, sementara 34 nama lain dilepaskan daripada muflis dalam warta sama.



Pembatalan itu dikeluarkan oleh Pegawai Pemegang Harta.



Berbanding pelepasan muflis, pembatalan jarang berlaku. Laman web Pejabat Muflis Kementerian Undang-Undang berkata "pembatalan membatalkan Perintah Muflis yang telah dikenakan terhadap penghutang.



"Ini bermakna ia seolah-olah Perintah Muflis tidak pernah dikenakan terhadap penghutang itu. Pelepasan tidak mempunyai kesan yang sama."



Encik Wira, 37 tahun, diisytihar Muflis Ogos tahun lalu berkaitan hutang kira-kira $1.65 juta pada Maybank Kim Eng Securities.



Selepas dikenakan tindakan muflis, beliau meletak jawatan sebagai pengarah bukan bebas dan bukan eksekutif LionGold Corp, dan membayangkan beliau mahu menyelesaikan urusan peribadi.



Sebelum itu, pada Mac, Maybank Kim Eng memperoleh perintah Mahkamah Tinggi terhadap beliau untuk menuntut hutang sebanyak $2.459 juta.



Encik Wira dikatakan meminjam wang itu untuk membeli saham LionGold. Beliau bersetuju membayar balik hutang tersebut secara ansuran, tetapi menjelang Ogos 2014, hanya $100,000 telah dibayar.



Pada April tahun lalu, Maybank Kim Eng menerima tawaran daripada peguam Encik Wira, Encik Woo Tchi Chu, untuk menyelesaikan hutang tersebut - $1 juta akan dibayar dalam dua tahap dalam tempoh sebulan, dan bakinya pada akhir Jun.



Bagaimanapun, Maybank Kim Eng menerima hanya kira-kira $835,950, iaitu kurang $1.65 juta, yang mencetuskan tindakan muflis terhadap Encik Wira pada Ogos lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >