Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Perjalanan ngeri bagi pelancong S'pura apabila bas terbalik semasa balik dari Genting

Sep 01, 2016 | 09:48 AM



PETALING JAYA: Dua belas pelancong Singapura mengalami perjalanan ngeri apabila bas dua tingkat yang mereka naiki terbabas dan terbalik pada tanda 31 km di Lebuh Raya Karak.



Mereka dalam perjalanan pulang dari Genting Highlands pada petang Rabu (31 Ogos) apabila kemalangan itu berlaku.



Ketua Polis Daerah Gombak, Penolong Pesusruhjaya (ACP) Ali Ahmad, berkata bas itu dipercayai merempuh pembahagi jalan sebelum terbalik berhampiran terowong Genting Sempah.



"Sepuluh orang cedera dalam kemalangan itu. Kami tidak tahu berapa teruk kecederaan mereka. Kami masih menunggu laporan penuh, termasuk identiti mangsa," katanya.



Jurucakap Grassland Express & Tours berkata sembilan daripada 12 penumpang warga Singapura cedera dalam kemalangan tersebut. Tiada seorang pun daripada mereka mengalami kecederaan kritikal, katanya.



Difahamkan impak kemalangan itu membuat bas tersebut terseret kira-kira 20m.



Mangsa dihantar ke beberapa hospital di Bentong, Selayang dan Kuala Lumpur.



Nahas itu menyebabkan kesesakan lalu lintas lebih sembilan kilometer panjang.



ACP Ali berkata polis sedang menyiasat apakah kemalangan itu disebabkan perbuatan memandu secara melulu atau masalah mekanikal.



Seorang saksi yang enggan namanya disiar berkata beliau nampak bas itu menyimpang ke kanan sebelum merempuh pembahagi jalan dan terbalik.



"Ia amat menakutkan kerana kami berada di belakang bas.



"Tetapi saya boleh berkata pemandunya tidak memandu laju. Dia memandu dalam had kelajuan, jika saya tidak silap.



"Dia mungkin menghadapi masalah teknikal yang menyebabkan dia hilang kawalan bas," kata beliau. - The Star/Asia News Network




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >