Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Perjanjian peringkat tinggi akan dimeterai semasa lawatan Presiden China ke Singapura

Nov 03, 2015 | 12:59 PM



PERJANJIAN peringkat tinggi antara Singapura dan China, seperti permulaan projek pemerintah dengan pemerintah ketiga dan menaik taraf perjanjian perdagangan bebas (FTA) dua hala, bakal ditandatangani semasa lawatan Presiden China, Encik Xi Jinping, ke Republik ini minggu ini.


Duta Besar China ke Singapura, Encik Chen Xiaodong, berkata pada Selasa (3 Nov) bahawa lawatan dua hari Encik Xi, dari tengah hari Jumaat (6 Nov) hingga tengah hari Sabtu, singkat tetapi padat, lapor akhbar The Straits Times.


Agenda utama ialah pemeteraian perjanjian bagi memulakan projek ketiga Singapura di China, selepas Taman Perindustrian Suzhou pada 1994 dan Bandar Eko Tianjin pada 2008.


Projek dua hala bertema 'ketersambungan moden dan perkhidmatan moden' itu akan dibangunkan di Chongqing, Chengdu atau Xian.


Perjanjian lain yang akan ditandatangani termasuk promosi wawasan Laluan Sutera, serta pertukaran dalam bidang pendidikan, kastam, kewangan dan pengurusan bandar.


Kedua-dua pemerintah juga berhasrat mengumumkan hala tuju baru bagi hubungan dua hala, kata Encik Chen, sempena ulang tahun ke-25 hubungan diplomatik dan bagi menunjukkan bahawa hubungan telah berkembang.


Encik Xi akan ditemani isterinya, Cik Peng Liyuan, dalam lawatan itu.


Selain jamuan negara bagi menghormati beliau, bunga orkid di Kebun Bunga Singapura akan dinamakan sempena Encik Xi dan Cik Peng, dan Perdana Menteri Lee Hsien Loong serta isterinya, Cik Ho Ching, akan mengehoskan jamuan tengah hari peribadi bagi mereka.


Encik Xi akan juga merasmikan, bersama Menteri Kanan Emeritus Goh Chok Tong, pembukaan Pusat Kebudayaan China di Queen Street.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >