Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Perjanjian sebalik kebocoran 1MDB: Bekas eksekutif PetroSaudi saman pemilik The Edge di Singapura

Apr 12, 2016 | 09:28 AM



BUTIRAN perjanjian yang didakwa menjadi latar belakang kebocoran yang membawa kepada tuduhan penyelewengan berbilion ringgit dalam firma pelaburan kerajaan Malaysia, 1Malaysia Development Berhad (1MDB), mungkin terbongkar di Mahkamah Tinggi di Singapura.



Ini kerana lelaki warga Switzerland yang didakwa menjadi dalang kebocoran itu, Xavier Andre Justo, telah menyaman di Singapura pemilik kumpulan media The Edge Malaysia, Encik Tong Kooi Ong, dan dua orang lain bagi ganti rugi.



Justo mendakwa dia menyerahkan dua pemacu penyimpanan data di depan Encik Tong dalam satu pertemuan di Fullerton Hotel pada Februari tahun lepas, dan sepatutnya mendapat AS$2 juta ($2.7 juta) sebagai balasan tetapi dia tidak pernah menerima wang tersebut.



Dia mahu pemacu itu - yang mengandungi data mengenai firma perkhidmatan minyak global PetroSaudi dan 1MDB, rakan kongsi perniagaannya - dikembalikan dan sembarang salinannya dimusnahkan, menurut dokumen mahkamah yang difailkan November lalu.



Encik Tong menafikan dakwaan itu dan berhujah Justo tidak ada ahberhak ke atas pemacu itu kerana dia "dilaporkan secara meluas telah mengaku mencuri data daripada PetroSaudi", menurut dokumen yang difailkan oleh peguamnya, Cik Doris Chia.



Justo, 48 tahun, yang bekerja bagi PetroSaudi International (UK) sebagai pengurus teknologi maklumat (IT) hingga April 2011, sedang menjalani hukuman penjara tiga tahun di Thailand kerana cubaan ugut dan peras ugut bekas majikannya.



Maklumat daripada Justo dikaitkan dengan dakwaan dalam blog dalam talian Sarawak Report tentang penyelewengan berbilion ringgit dalam 1MDB, yang lembaga penasihatnya diketuai oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak.



The Edge, sebuah penerbitan Malaysia, turut menerbitkan beberapa artikel mengenai 1MDB.



Justo mendakwa perjanjian itu ditandatangani Februari tahun lalu sebahagiannya dalam dokumen bertajuk 'Jualan Sofwe Harta IT Jusco', yang disahkan olehnya dan Encik Tong.



Dia juga menyebut tentang pertukaran dalam aplikasi pesanan WhatsApp antara Encik Tong, dua orang lain dan dirinya sebagai bukti, dan juga pertemuan di Bangkok dan Singapura antara dia, Encik Tong dan/atau orang lain. Ini didakwa termasuk dua mesyuarat dengan Cik Clare Rewcastle-Brown, pemilik dan editor Sarawak Report, di sebuah hotel di Bangkok pada 2014.



Tindakan mahkamah itu menyusuli tuntutan berulang Justo agar Encik Tong membayarnya. Justo juga mahu mendapatkan nama dan butir diri semua orang yang mempunyai akses pada data itu.



Justo, diwakili peguam Suresh Damodara, juga mahu satu perintah mahkamah bagi memastikan semua salinan yang dibuat dipulangkan atau dimusnah.



Encik Tong, dalam kertas pembelaan yang difailkan, mengakui menandatangani surat itu pada satu pertemuan pada 23 Feb di Fullerton Hotel, yang katanya telah dilakukan atas permintaan Justo.



Namun, beliau menafikan menjadi sebahagian daripada kumpulan pesanan WhatsApp dengan Justo. Encik Tong mengakui Justo menuntut bayaran daripadanya sekali melalui WhatsApp tetapi beliau tidak membayarnya.



Beliau menafikan mempengaruhi Justo supaya memberi pemacu data itu dengan menawarkan bayaran.



Peguam Encik Tong menulis kepada PetroSaudi tahun lalu untuk menjemput mereka menjadi pihak dalam tindakan tersebut atau memasukkan mereka sebagai satu pihak.



Sebagai alternatif, Encik Tong akan mendapatkan arahan mahkamah mengenai pemilikan pemacu data itu dan apakah ia dan semua salinan harus diserahkan kepada Justo dan firmanya.



Dua lagi orang yang dinamakan sebagai defendan dalam saman itu belum memfailkan pembelaan mereka.



Satu sidang praperbicaraan dijadualkan minggu ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >