Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SEMINAR KEBAPAAN

Perkasa bapa bina hubungan utuh dan berkekalan dengan anak remaja

Aug 06, 2016 | 05:30 AM



MEMPERKASA golongan bapa dengan kemahiran membina hubungan yang utuh lagi berkekalan dengan anak remaja mereka.



Itulah matlamat Seminar Kebapaan anjuran bersama Angkatan Karyawan Islam (AMP) dan Centre for Fathering (CFF).



Seminar yang disokong Berita Harian itu akan berlangsung pada Ahad, 4 September ini, dan mengetengahkan penceramah utama, pakar motivasi dan keluarga, Datuk Dr Fadzillah Kamsah.



Selain beliau, Encik Shafie Shamsuddin, Pengarah Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Carrefour Indonesia, juga akan berkongsi cabaran dan petua mendekati dua anak remajanya berusia 13 dan 17 tahun.



Seorang lagi bapa turut diundang bagi sesi perkongsian dalam seminar itu. Namun, identiti bapa itu akan diumumkan dalam masa terdekat.



Mengulas usaha menganjurkan seminar itu, Pengarah Eksekutif AMP, Encik Anuar Yusop, berkata berdasarkan pengalaman persatuan itu mendekati keluarga, lazimnya golongan ibu lebih terbuka berinteraksi dengan pihak kaunselor dan pegawai kes mereka.



Menurutnya, pandangan tradisional bahawa peranan bapa hanyalah mencari nafkah keluarga tidak lagi relevan.



"Justeru, seminar kebapaan ini bertujuan menggalak dan memperkasa golongan bapa agar memainkan peranan lebih besar dalam memperkukuh keluarga.



"Masa sekarang ini, amat penting peranan membesarkan anak dikongsi sama rata antara ibu dengan bapa memandangkan bagi sebahagian besar keluarga, kedua-dua ibu bapa keluar bekerja," ujar Encik Anuar.



"Kaum bapa harus memainkan peranan penting dalam memupuk nilai baik dalam diri anak mereka, sekali gus membangunkan keluarga yang kukuh.



"Seminar ini bertujuan menge- tengahkan kemahiran keibubapaan berguna kepada golongan bapa dan membantu mereka meraih kemahiran tersebut," tambahnya.




BUTIR SEMINAR



Bila: Ahad, 4 September



Masa: 9 pagi hingga 1 petang



Tempat: Chengal Room, Hotel Crowne Plaza Changi Airport



Anjuran: Angkatan Karyawan Islam (AMP) dan Centre for Fathering (CFF). Disokong Berita Harian



Tiket: $30 setiap seorang (tidak termasuk GST)



Cara beli tiket: Menerusi laman https://www.beritaharian.sg/bapasepanjanghayat



Maklumat lanjut boleh didapati dengan 'Like' laman Facebook AMP di facebook.com/AMP.Singapore atau hubungi talian 6319-5601.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >