Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Perkasa umat dengan konsep 'Islam berkemajuan'

Muhammadiyah Indonesia mahu umat amalkan Islam moderat dan progresif capai kemajuan
Nov 09, 2017 | 05:30 AM



ISLAM berkemajuan - pemahaman dan pengamalan agama berteraskan kesederhanaan, ke arah kemajuan, demokratik dan adil.



Konsep inilah yang diajukan Muhammadiyah Indonesia, antara pertubuhan tertua dan terbesar di dunia dengan 30 juta anggota, bagi membangunkan bangsa, terutama penganut Islam, di negara itu.



Berkongsi tentang usaha pertubuhan itu mengetengahkan konsep Islam berkemajuan, Pengerusi Umum pertubuhan itu, Dr Haedar Nashir, berkata sejak ditubuhkan lebih seabad lalu, Muhammadiyah Indonesia telah menyaksikan pelbagai cabaran.



Antara cabaran masa kininya ialah proses globalisasi besar yang mempengaruhi kehidupan; perubahan geopolitik dan budaya yang beralih ke Timur, iaitu Jepun, China dan Korea Selatan, yang juga memberi impak terhadap kehidupan.



Cabaran lain termasuk pandangan dan pemikiran keagamaan dengan spektrum luas - radikal, konservatif, ekstrem, liberal dan sekular.



Muhammadiyah prihatin bagaimana bangsa Indonesia mengharungi cabaran itu, kata Dr Haedar.



"Kami mahu membina masyarakat Muslim moderat yang dapat hidup dalam sekitaran semasa dan moden, maju dan harmoni," katanya, menjelaskan usaha mempromosikan konsep Islam berkemajuan.



Dr Haedar berkata Islam sejak awal menganjurkan manusia supaya maju. Wahyu pertama ialah iqra - menyeru manusia supaya 'membaca' dalam istilah luas: meneroka, membuat penyelidikan dan memikirkan pelbagai hal dalam kehidupan.



Al-Quran juga menganjurkan manusia supaya menggunakan akal bagi membina kemajuan, hinggakan mereka yang tidak mahu berfikir diibaratkan seperti binatang melata, mengajar manusia supaya menjadi pelaku perubahan dan khalifah, mengelola kehidupan dan memakmurkan bumi.



Daripada aspek sejarah dan sosiologi, Nabi Muhammad saw selama 23 tahun membangun peradaban, mengangkat martabat wanita, membina masyarakat bermoral dan menyelesaikan pelbagai masalah dengan jalan rasional, ujar beliau.



"Pada keseluruhannya, Islam itu progresif - membentuk peradaban, membawa kemajuan," kata Dr Haedar ketika menyampaikan ceramah 'Ke Arah Islam dengan Kemajuan: Peranan Muhammadiyah dalam Abad ke-21 Indonesia' anjuran Sekolah Pengajian Antarabangsa S. Rajaratnam (RSIS), Universiti Teknologi Nanyang (NTU), di Hotel Marina Mandarin, baru-baru ini.



Mengenai usaha Muhammadiyah ke arah itu, beliau berkata sejak ditubuhkan pada 1912, pertubuhan itu berusaha melakukan transformasi masyarakat, bukan sekadar retorika atau wacana, tetapi membentuk peranan dalam kehidupan dengan membina klinik, hospital, sekolah dan pergerakan wanita, dengan mengikut contoh Nabi Muhammad saw sebagai pembawa peradaban.



Pendekatan dakwahnya bersifat demokratik, fleksibel, tiada paksaan dan progresif.



"Muhammadiyah terima budaya yang ada dalam masyarakat Indonesia tetapi melakukan kritik kebudayaan. Islam Indonesia adalah dinamik, mengalami transformasi dan pembaharuan.



"Dengan pemikiran Islam berkemajuan, kita harus mengalami perubahan dan tajdid (pembaharuan) dalam kehidupan, sesuai dengan perkembangan zaman dan memberi warna dalam kehidupan," kata beliau.



Menerangkan cara Muhammadiyah mempraktikkan konsep itu, beliau berkata Indonesia mempunyai sumber manusia dan sumber daya alam yang baik, dan ia memerlukan negara dan masyarakat sivil untuk mengoptimumkan sumber itu.



Muhammadiyah mempunyai prasarana pendidikan, khidmat sosial dan institusi ekonomi yang boleh mendorong masyarakat Muslim mengharungi transformasi, ujar beliau.



Menerusi lembaga pendidikannya, Muhammadiyah mengubah masyarakat - daripada tidak tahu kepada boleh menulis dan membaca, daripada buta huruf menjadi literasi yang bagus, dan menghargai dan memartabatkan wanita.



Antara lain ia telah membina 172 perguruan tinggi - 45 daripadanya universiti. Ia juga membina pelbagai prasarana moden, termasuk banyak poliklinik dan hospital.



Itu antara impak besar Muhammadiyah dalam pembangunan Indonesia, di samping membentuk masyarakat berfikiran rasional, maju dan moden, kata beliau.



"Muhammadiyah melahirkan generasi Muslim yang profesional, eksekutif, yang boleh masuk parti politik, pemerintah dan pelbagai institusi masyarakat," kata Dr Haedar.



Melangkah ke depan, beliau berkata bangsa akan maju kalau teguh dalam bidang pendidikan, menguasai teknologi dan ada kekuatan ekonomi.



Sebagai sebahagian daripada inisiatif lanjut, pertubuhan itu membeli tanah di Melbourne bagi membangun sekolah Islam, membangunkan pusat dakwah di Kahirah dan akan membangunkan universiti di Malaysia.



"Kami ingin melahirkan kaum terdidik yang lebih banyak. Itu akan menjadi kekuatan perubahan buat Indonesia menghadapi apa jua cabaran dan perubahan," kata beliau.



Selain terus melakukan program dakwah dengan masuk ke daerah pedalaman dan melakukan 'dakwah bil hal', iaitu dakwah memenuhi keperluan, Muhammadiyah mahu meningkatkan usaha membangun ekonomi dan perniagaan, membangunkan pusat keunggulan yang membantu membina kemahiran.



Hasratnya adalah membentuk masyarakat pemberi, bukan sekadar menerima.



"Sebagai agama yang membawa rahmat kepada seluruh alam, kami menyebarkan pemikiran sederhana berkemajuan. Baik sahaja tidak cukup. Ia juga harus berdaya saing, unggul, menjadi umat terbaik, kompetitif, menjadi pelaku sejarah.



"Muhammadiyah ingin menghadirkan kembali Islam sebagai agama peradaban dalam konteks moden, dunia abad ke-21," kata beliau lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >